Sedapnya putu piring perisa kaya dan pandan, air tangan remaja ini memang wow!
BAGI sesetengah orang, putu piring menjadi makanan wajib dibeli kalau pergi ke pasar malam.
Meskipun harga sekeping kuih itu semakin mahal sekarang, keinginan untuk menikmatinya membuatkan mereka 'menutup mata' dan terus membelinya.
Berdasarkan carian SinarPlus, perkataan putu dalam bahasa Tamil bermaksud makanan daripada beras.
Hidangan itu pula dinamakan putu piring memandangkan bentuk kuih berkenaan seperti piring kecil.
Bagi mengetahui bagaimana kuih berkenaan dibuat, kami menghubungi seorang peniaga dari Bintulu, Sarawak, Mohamed Asjad Abu Bakar yang menjadikan kudapan berkenaan sebagai sumber pendapatannya kini.
Ya, baru berusia 18 tahun, Mohamed Asjad sudah menunjukkan kehandalan beliau dalam dunia kulinari.
Tertawa kecil sebaik pernyataan itu dilontarkan, remaja tersebut berkata, dirinya sungguh bertuah kerana mewarisi resipi milik datuk yang disimpan sejak 80 tahun lamanya.
"Benar, resipi datuk saya memang menjadi kegemaran ramai. Namun, kalau diikutkan, bahan-bahan dan proses untuk membuat putu piring sama sahaja dengan putu bambu.
Namun, bezanya putu bambu dimasak di dalam kelongsong buluh.
"Apa-apapun seperti kata orang dulu-dulu, meskipun bahan yang digunakan sama, tetapi air tangan seseorang akan menentukan kelazatan makanan," ungkapnya.
Ujar Mohamed Asjad, bagi membezakan jualan putu piring daripada peniaga lain, beliau telah mempelbagaikan perisa kaya dan pandan bagi memberi opsyen yang lebih kepada para pelanggan setianya.
Baca juga Murah dan mudah, kuih putu kacang hanya guna dua bahan sahaja. Hasilnya memang umphhh…
"Alhamdulillah, sambutan memang menggalakkan, tambahan pesaing saya pun tak berapa ramai. Saya juga bersyukur kerana putu piring saya menjadi buah mulut ramai orang.
"Hampir saban hari, ada sahaja pelanggan baharu yang saya lihat datang membeli," katanya penuh teruja.
Pengusaha kedai Corner88 itu menambah, selain perisa, dalam pembuatan putu piring, perkara paling penting yang perlu diberi keutamaan adalah penggunaan tepung beras yang berkualiti.
"Kita perlu menghaluskan tepung beras terlebih dulu dengan menggunakan peralatan khas. Untuk proses ini, memang ia mengambil masa yang agak lama kerana kita perlu mendapatkan tekstur yang betul-betul halus.
Baca juga Resipi Serawa Durian pekat berkrim, buat sendiri baru puas makan
"Selain itu, setiap sukatan sama ada gula perang atau beras kena tepat bagi menghasilkan putu piring yang lembut dan sedap," katanya yang menjual putu piring pada harga RM4 untuk tiga biji kuih.
RESIPI PUTU PIRING
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung beras [BELI SINI]
½ cawan kelapa parut
½ cawan gula melaka [BELI SINI]
Kain muslin [BELI SINI]
Cara penyediaan:
- Pertama, kukus tepung beras terlebih dahulu. Kemudian, ayak tepung beras sehingga halus.
- Selepas itu, letakkan tepung beras ke dalam acuan putu piring.
3. Taburkan gula melaka atau perang ke atas putu piring diikuti adunan tepung. Mampatkan putu piring.
4. Letakkan kain muslin di atasnya. Kemudian, tutup pengukus.
5. Biarkan selama dua hingga tiga minit, kemudian angkat putu piring.
6. Taburkan kelapa parut di atas putu piring.
7. Siap untuk dihidang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang