Selalu kejang otot selepas bersenam. Ini sebab dan cara atasinya dengan mudah

glo (1)
glo (1)
A
A
A

GANGGUAN kekejangan otot mampu berlaku secara tiba-tiba tanpa kawalan lebih-lebih lagi selepas melakukan senaman.

Menurut perkongsian Physiomobile Malaysia, otot akan berasa tegang dan ketat dan mengalami kesakitan pada tapak kaki, tangan, lengan, abdomen dan tulang rusuk.

Difahamkan, sebab sebenarnya kekejangan otot masih belum diketahui namun, berdasarkan Doctor On Call, punca kepada hal itu tercetus disebabkan seseorang tidak melakukan pergerakan/aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti fizikal seterusnya.

 

Baca juga:Awas lelaki berusia 40 tahun ke atas lakukan saringan elak derita kanser kolon

Baca juga:Bayi lahir pada tahun 2070 dijangka mampu hidup sehingga usia 150 tahun

 

Melakukan sesi memanaskan badan perlu kerana ia dapat mengembangkan dan mengecutkan otot dengan baik, kata laman web perubatan itu.

Beberapa faktor lain yang boleh memicu masalah kekejangan otot adalah keletihan, kesukaran untuk membuangkan bahan toksik dalam dalam, otot kekurangan oksigen dan dehidrat.

Jelas Doctor On Call lagi, kekurangan oksigen dalam disebabkan kekurangan air dalam badan.

Kehilangan kandungan mineral dalam badan berlaku apabila melakukan sukan pada cuaca panas sekali gus mengeluarkan peluh yang banyak.

Peluh terdiri daripada kandungan kalium, magnesium dan kalsium.

Bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan daripada masalah ini berterusan.

Berikut beberapa perkara yang boleh dilakukan menurut Doctor On Call dan Physiomobile Malaysia.

1. Berasa sakit

Berhenti melakukan sebarang aktiviti sukan atau kerja apabila tubuh sudah memberikan isyarat kejang otot.

2. Persediaan

Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, sebaiknya lakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu sebelum bersukan.

Sebaiknya lakukan beberapa regangan badan sebelum dan selepas bersukan.

3. Urutan

Salah satu cara untuk mengurangkan rasa tegang pada bahagian otot adalah dengan cara urutan.

Lakukan secara perlahan-lahan atau boleh meletakkan beg ais sebagai salah satu teknik rawatan haba.

4. Minum air

Pastikan pengambilan air putih yang mengcukupi terutama saat melakukan aktiviti fizikal.

Otot badan akan mengembang dan kecut dengan sempurna jika kandungan air yang mencukupi.

5. Makanan seimbang

Pengambilan makanan yang kaya dengan kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan magnesium.

Boleh amalkan makan lobak merah, jagung, bayam dan epal.

Biarpun ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi dan merawat segera masalah kekejangan otot, sebaiknya cuba dapatkan nasihat pakar.

Rawatan berkala boleh mengatasi masalah tersebut daripada berlarutan mahupun berpanjangan.

 

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca