MINGGU lalu, Speedtest memperkenalkan kemampuan menyemak kawasan liputan rangkaian telekomunikasi melalui aplikasi.

Ini memudahkan pengguna untuk mengetahui pelan apa yang sesuai untuk dilanggan dan syarikat telekomunikasi mana yang patut dipilih.

Terkini, Speedtest menawarkan perkara lain pula yang mungkin boleh membantu sewaktu berkurung dalam rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Perkhidmatan penstriman video, biasanya cukup pintar untuk mengetahui resolusi apa yang patut distrim bergantung pada kelajuan internet pengguna.

Tetapi ada perkhidmatan yang memberi pilihan untuk tetapkan penstriman sentiasa pada resolusi tinggi.

Tetapi ini akan menjadikan pengalaman menonton tidak seronok kerana akan terjadi pelbagai masalah seperti tersekat-sekat dan banyak lagi.

Semak kualiti internet anda, guna Speedtest sesuai atau tidak untuk strim video

Kini, Speedtest menyertakan kemampuan menyemak kualiti internet anda sama ada mampu untuk menstrim video atau tidak.

Jika mampu, resolusi apa yang ia mampu distrim turut akan dipaparkan. Biasanya ujian kelajuan internet menguji masa muat naik, muat turun dan masa pendam.

Tetapi dengan kemaskini terbaru ini ia menguji kemampuan menstrim pada pelbagai resolusi, masa memuat dan masa penimbalan.

Iklan

Secara asasnya, Speedtest kini menjadi sebagai tempat menguji tanda aras kemampuan menstrim video. Maklumat yang dipaparkan lebih banyak berbanding Fast.com dari Netflix.

Baca juga Dron canggih bantu ATM buat hebahan supaya orang ramai patuh SOP di Sibu

Cuba buat ujian video pada Speedtest untuk iOS hari ini dengan membuka aplikasi Speedtest di telefon korang (atau memuat turunnya dari Apple App Store jika belum memilikinya).

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber: amanz