PASTI dalam kalangan kita ramai yang minat makan kek buah bukan? Bayangkanlah rasanya yang enak, gebu, lembap dan kaya dengan rasa buah-buahan kering itu.

Akan tetapi, tatkala melihat teskturnya yang begitu eksotik, pasti tak ramai yang berani cuma membikinnya sendiri. Masakan tidak, risau ia tidak menjadi.

Penyudahnya tidak kurang yang hanya suka membeli kerana rasa takut hendak mencuba. Apalagi bila dengar rakan-rakan yang mengadu rumit hendak membuatnya. Atau ia hanya sangkaan semata?

Bagi Halila Mohd Kordi, biarpun pertama kali beliau mencuba membuat kek buah, ia tetap menjadi. Justeru, barangkali itu petanda awal bahawa bukan terlalu sukar untuk menghasilkan makanan ini.

Pasti ada harapan. Berikut kongsi beliau di Facebooknya hingga tular baru-baru ini:

“1st time buat.. Mencuba. Selalunya nak raya arwah mak mertua paling busy buat kek ni..

“Sekarang saya yang suka mengenang dan akan buat apa yang dia buat… Maklumlah 9tahun duduk dengan mertua.. Suka duka kami2 je yang tahu..
#AL FATIHAH tuk semua kesayangan saya.

“OK saya share resepi ya.. Saya tak pandai tulis resepi jadi ikut lah step yang saya tulis tu,” tulisnya.

Resepi kek buah Cik Ila:

2 cawan buah kering Dan kismis tak kisah warna apa, rendam dalam air panas dalam 5 minit dan toskan ya
1 cawan gula masuk dalam kuali buka api slow sahaja
– Bila warna dah bertukar perang, masukkan 1/2 cawan madu
– Sambil kacau, masukkan 1/2 cawan air panas. Hati-hati ya geng
– Masukkan seketul butter 250gm dan biarkan cair. OK dah cair masukkan buah-buah kering tadi dan api slow tu biarkan dalam 5 minit sampai buah-buah tu kembang.
– Haa…. dah cantik kembang masa ni masukkan 2 sudu besar Sunquick
– OK sementara tu,
– Ayak tepung gandum 3 cawan
– 1 sudu besar baking powder
– 1 sudu kecil soda bikarbonat
– 1 sudu kecil cream of tartar

Artikel berkaitan: Mudahnya masak kek lapis sukatan cawan ni… patut ramai share

Iklan

🌸 Dah ayak semua, masukkan dalam adunan tadi dan kacau sampai adunan tu pekat ya
🌸 OK dah pekat, tutup api dulu
🌸 Blande 3 biji telur sampai berbuih dan masukkan ke dalam adunan kek buah tadi. Gaul sebati ya
🌸 OK dah satukan adunan, masukkan dalam bekas taburkan la dengan kismis ke buah kering ke ikut suka geng ye
🌸 Kukus 3-4 jam. Jangan lupa tengok air tu, jangan sampai kering. Kalau nak tambah air, air panas ya geng bukan air sejuk.

Selamat mencuba!

Iklan

Tak cuba tak tahu kan? Tengok gambar dikongsikan Cik Ila ni memang nampak mengujakan. Jom cuba, mana tahu sampai tak cukup tangan anak-anak sampai jiran-jiran pun minta buatkan nanti!

Bolehlah cuba hari minggu ini ya…- AG #rantaiankasih