Senangnya buat sotong masak ala Thai, ringkas, menggoda
SENANGNYA untuk menyediakan menu ringkas dan menyelerakan buat santapan keluarga.
Ya, buat penggemar makanan seafood, ini resipi khas buat anda.
Rasanya yang unik dengan kenyal dan tersendiri, pasti ramai dalam kalangan kita merupakan 'peminat' masakan berasaskan sotong.
Cubalah sotong masak ala Thai ini, ia akan membuatkan anda seisi keluarga puas menikmati hidangannya.
Resipi yang cukup mudah dan sangat ringkas, malah masa memasaknya juga tidak lama sesuai dengan ibu muda yang sibuk.
Bahan-bahannya;
- Sotong
- Kacang panjang
- Cili padi merah
- Bwg merah dimayang
- 1 batang serai dihiris serong
- 4 helai daun limau purut
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sos ikan
- Serbuk kunyit
- Mushroom seasoning (jika ada)
Cuba juga Rahsia resipi char kuetiau sedap persis di kedai, mudah je buat
Bahan kisar;
- 4-5 batang cili merah
- 4-5 batang cili hijau
- 1 labu bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Belacan
- Sedikit air
Cara membuatnya;
1) Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingha pecah minyak.
2) Masukkan sotong yang telah dicuci bersih. Biar sampai sotong masak.
Cuba juga Daging masak 'ungkep' sedap, pembuka selera. Ibu dalam pantang pun boleh makan
3) Masukkan lada hitam, serbuk kunyit sedikit, mushroom seasoning (optional), sos ikan, gula dan garam.
4) Akhirnya, masuk cili padi, serai, daun limau purut, kacang panjang. Gaul sehingga masak. Siap
Tip;
- Jika suka bau daun ketumbar, boleh juga tabur sebagai hiasan.
- Jika ingin mengekalkan saiz sotong, bolehlah rebus dahulu bersama asam keping dalam lima minit. Kemudian masak seperti biasa.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Sumber: Wan Wani
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang