KESUM wangi baunya. Daun kesum atau nama saintifiknya ‘Polygonum minus’ tumbuhan herba yang tidak asing dalam masakan Melayu.

Laksa, asam pedas, nasi kerabu dan gulai tempoyak memang perlukan daun kesum sebagai bahannya. Kalau tak ada memang tak jadi!

Rumah-rumah kampung dulu memang wajib tanam pokok kesum. Nak guna petik sahaja. Kawasan berair dan lembap selalu jadi pilihan tempat ia ditanam.

Kini rumah di bandar yang tiada ruang tanah atau kediaman bertingkat pun boleh tanam daun kesum ini. Pengguna Facebook Yazid Nazry berkongsi cara penanaman hanya
menggunakan keratan batang.

Baca juga: Cara mudah tanam ulam selom guna batang, tak perlu biji benih

Mudah je caranya, ikuti langkah dibawah:

BAHAN-BAHAN
Raga berbentuk empat segi [BELI DI SINI]
Besen berbentuk empat segi (boleh memuatkan raga tapi lebih dalam) [BELI DI SINI]
Span pembinaan [BELI DI SINI]
Keratan batang kesum [BELI DI SINI]
Baja AB [BELI DI SINI]

LANGKAH PENYEDIAAN
1-Isi air ke dalam besen.


2- Potong dua keping span mengikut saiz raga dan susun berlapis ke dalam raga.


3-Cucuk keratan batang kesum pada span.


4-Letakkan air dengan campuran baja AB.


5-Selepas dua hari buat cantasan pucuk yang kering

Iklan

“Selesai. sekadar untuk makan sendiri. Kini usia tujuh hari.

“Tukar air setiap empat hari sekali untuk mengelakkan PEMBIAKAN jentik-JENTIK,” kongsi Yazid tip menanam kesum ala hidroponik.

Baca juga: Petua pokok mangga berbuah lebat dan rimbun, hanya guna minyak masak terpakai

LAPAN FAKTA KESUM

Kredit foto: NCBI

Selain jadi penambah rasa dan aroma kepada masakan, tumbuhan herba ini kaya dengan pelbagai khasiat yang berupaya mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan manusia.

1-Daun kesum mempunyai aktiviti antimikrob, antikeradangan, antikedutan dan meningkatkan daya ingatan.
2-Kesum kaya dengan kerotena, vitamin A,C dan kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus.
3-Ia juga mempunyai aroma yang dapat merangsang selera makan.
4-Kesum boleh menguatkan daya penglihatan,mengeluarkan angin dalam badan.
5-Ia juga boleh membantu mengekalkan stamina, kesihatan dan meredakan masalah keputihan.
6-Bagi yang mempunyai masalah ‘membuang’, daun kesum boleh merangsang dan melawas pembuangan air kecil dan besar.
7-Namun awas, kesum juga tinggi oksalat iaitu 4000 hingga 7600 miligram dalam 100 gram berat kering sampel. Individu yang mempunyai masalah gout atau arthritis dinasihatkan kurangkan memakan daun kesum.
8-Dalam kajian dilakukan Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebatian kesum dapat merencatkan sel kanser.

Banyak kan kegunaan kesum ni? Jom tanam sendiri di rumah dengan kaedah ini. Selamat mencuba!

Iklan

Baca juga: Tip suburkan pokok terung berbuah tanpa henti hampir 4 bulan, guna baja campuran dua bahan

Sumber: Facebook Yazid Nazry’s

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.