Tip suburkan pokok terung berbuah tanpa henti hampir 4 bulan, guna baja campuran dua bahan

A
A
A

TERUNG ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia biasanya digunakan sebagai sayur untuk menu seperti kari, pajeri dan sambal.

Pokok terung perlukan banyak cahaya dan sesuai ditanam di dalam bekas. Bagi anda yang tiada ruang atas tanah, terung sesuai ditanam di dalam pasu yang besar. Namun masalah yang sering timbul apabila menanam pokok terung ialah bunga pokok terung tidak lekat dan akhirnya gugur.

Melalui satu hantaran seorang pengguna Facebook, Zulhairi Zulkifili, beliau berkongsi cara membuat baja bagi melebatkan bunga terung.

Apabila pokok terung berbunga 'meriah', buah terung turut lebat.

Baca juga: Jika tak mahu mulut berbau petai, boleh cuba kunyah terung

Kredit foto: Pixabay

 

Menurut lelaki ini, selepas menanam pokok terung, masalah yang dihadapinya ialah apabila pokok terung berbunga tetapi tidak lekat. Bunga pokok terung mula gugur apabila mula berkembang. Tip yang dipraktikkan oleh beliau sangat berkesan. Berikut cara-cara membuat baja menggunakan dua jenis bahan sahaja agar bunga pokok terung subur, lebat dan hasilnya buah terung pun banyak.

Bahan:

1. Sekeping belacan - anggaran 100 gram [BELI DI SINI]

2. Satu tin air (minuman kecergasan) Redbull[BELI DI SINI]

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Gaulkan kedua-dua bahan dan tanam di sekiling umbi pokok.

2. Adunan ini untuk sesuai untuk banyak pokok. Setiap pokok letakkan 1 ½ sudu makan, bergantung kepada saiznya.

NOTA: Kuantiti bahan ini baja ini boleh digunakan untuk 10 batang pokok terung.

Hasilnya, seminggu selepas dibaja (diletakkan [ada bahagian umbi ), bunga terung lekat, berbuah tanpa henti hampir empat bulan lamanya.

Sebelum ini pokok terung yang ditanam tidak berbuah kerana faktor kurang vitamin dan nutrien yang diperlukan pokok terung.

Baca juga: Terung boleh tingkatkan memori otak

Kredit foto: Pixabay

KHASIAT TERUNG:

1. Kaya zat besi

Kandungan zat besi yang tinggi membantu anda sihat dan kuat. Tidak kiralah dimasak apa cara sekalipun, terung paling baik untuk kesihatan tulang dan mencegah anemia.

2. Rendah kalori

Terung adalah sayur yang rendah kalori dan bebas lemak. Makanlah terung jika anda ingin berdiet. Terung akan menbuatkan anda lebih kenyang sepanjang hari.

3. Tinggi serat

Kandungan serat yang tinggi dalam terung baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus.

4. Menjaga kesihatan jantung

Terung mengandungi bioflaconoid yang tinggi dan sangat baik untuk kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stres.

5. Mencegah diabetes

Terung juga mempunyai serat yang tinggi, rendah lemak dan karbohidrat. Tidak hairanlah amalan memakan terung dapat membantu mencegah anda dari diabetes.

6. Tulang lebih sihat dan kuat

Kandungan kalsium dalam terung boleh menguatkan sendi dan tulang.

Baca juga: Guna kaedah fertigasi dan polibeg, lelaki ini kongsi cara tanam golden melon di rumah, tetap subur dan hasilnya menjadi!

Sumber: Zulhairi Zulkifili (Berkebun Di Rumah)

Kredit foto utama: Pixabay

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca