SENTUHAN klasik dalam setiap hidangan yang ditawarkan Hotel Royal Signature Kuala Lumpur antara tarikan menggiurkan sempena Bufet Ramadan Sajian Titian Desa 2024.

Pengurus Besar Hotel Royal Signature, May Cheong @ Nurul Hidayah Abdullah percaya, konsep hidangan tradisi Melayu dengan resipi turun-temurun masih mempunyai peminat tegar.

“Walaupun kita seperti sudah terbiasa dengan hidangan tradisi yang dimodenkan, namun rakyat Malaysia tetap merindukan rasa asli masakan yang terkenal dengan kelazatan tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Cef Eksekutif Hotel Royal Signature, Cef Tony Tang Kok Kong berkata, kari kepala ikan istimewa Kedah merupakan masakan paling laris dan disukai ramai.

sentuhan klasik

Cef Tony turut memberi jaminan orang ramai akan berpuas hati menikmati sajian unik kambing golek yang dibikin dengan sentuhan gaya Barat bersama resipi baharu.

“Rasa perapan rempah-ratus yang cukup padu membuatkan setiap hirisan daging cukup rasa. Lagi sedap digandingkan dengan pilihan kuah yang pekat dan likat.

 

“Jangan lupa mencuba gulai kawah tulang rawan dan asam pedas ekor Melaka,” ujarnya yang menyediakan lebih 200 juadah enak sempena bufet tersebut.

Baca juga Penangan Sup Tulang Merah Singapore, ini antara keunikan Destinasi Rasa Mardhiyyah Hotel & Suites

Kulinari khas seperti hamparan makanan laut segar di atas ais, ikan siakap bakar dan sambal petai udang karang akan ditawarkan atas permintaan pelanggan.

sentuhan klasik

Iklan

Sambil menjamu selera, orang ramai juga dihiburkan dengan penampilan istimewa, penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi.

Baca juga Pekena Nasi Kandar Melayu Klasik memang surr…! Ini keunikan menu buka puasa di Kajang Food Station

Setiap RM1 daripada jualan akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah Kuala Lumpur.

Iklan

sentuhan klasik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!