Sinaran UV boleh rosakkan kulit wajah, atasi dengan buah limau dan laici
TAHUKAH korang, para saintis berpendapat bahawa radikal bebas boleh mengancam kesihatan, sekali gus mendorong pada pelbagai penyakit kronik.
Secara asasnya, radikal bebas merupakan atom (molekul) aktif dan tidak seimbang kerana tidak mempunyai elektron yang berpasangan.
Jika tidak diatasi dengan baik, radikal bebas berkenaan mampu bertindak menyerang molekul, lalu menyebabkan kerosakan sel, menganggu keseimbangan dan menjejaskan protein dalam tubuh.
Dimaklumkan, kehadiran radikal bebas atau reactive oxygen species (ROS) adalah berpunca daripada pelbagai faktor.
Selain pencemaran, sinaran ultra violet (UV) dan asap rokok antara punca utama menyebabkan berlakunya radikal bebas dalam badan.
Justeru, menerusi pemakanan seimbang dan sumber terbaik dapat membantu mengatasi masalah radikal bebas.
Antara sumber pemakanan mengatasi radikal bebas:
a) Glutation
- Ia adalah sejenis bahan antioksida yang bebas daripada alahan dan dapat membantu mencerahkan dan melicinkan kulit.
b) Vitamin C
- Meneutralkan radikal bebas, meningkatkan sistem imun dan menyahtoksin dalam badan.
Artikel berkaitan: Selain epal dan pisang, rupanya tiga jenis buah ini juga sesuai untuk diet lelaki
c) Laici
- Kaya dengan sumber antioksidan, vitamin C, vitamin B-kompleks dan serat flavonoid yang membantu mencegah penuaan dan memberikan perlindungan daripada radikal bebas.
Perkongsian bersama Pakar Estetik, Dr Steve Chia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang