Soto ayam simple tapi power! Ini rahsia buat kuah pekat, likat & sedap

A
A
A

Soto ayam simple tapi power! Ini rahsia buat kuah pekat, likat & sedap

WALAPUN kita akan memasuki minggu kedua bulan Syawal, masih ramai yang bercadang untuk membuat rumah terbuka. Tak ada salahnya pun kan, raya kan sebulan!

Bila nak buat rumah terbuka, pening pula nak hidang juadah apa? Tak perlu buat yang rumit-rumit, menu yang mudah juga sedap.

Salah satunya soto. Soto ayam simple oleh Farah Lome ini sangatlah power! Kalau masak untuk menu rumah terbuka pasti tetamu puji melambung.

Jadi bolehlah memilih soto sebagai hidangan untuk tetamu anda nanti. Selamat mencuba!

1) Kuah soto

  • Bahan-bahan;
  • Ayam (potong besar sebab nak carikkan nanti)
  • 2 batang serai diketuk
  • Minyak untuk menumis
  • 1/2 paket kecil serbuk sup
  • 1/2 paket kecil serbuk kurma
  • 1 kiub pati ayam
  • Akar daun sup dipotong dan cuci bersih
  • 2 liter air
  • Bahan-bahan kisar:
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang merah besar (lagi banyak lebih sedap)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji buah keras

Cara membuatnya;

1. Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga betul-betul naik bau, masak dan sedikit garing. Ia bertujuan supaya bawang tidak berasa mentah dalam kuah nanti.

2. Masukkan serbuk sup dan serbuk kurma. Jika tiada, boleh letak rempah soto.

3. Masukkan ayam. Agak-agak air ayam sudah hampir kering, baru masukkan air.

4. Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.

5. Renehkan kuah sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan ayam untuk dicarikkan nanti. Kuah soto siap!

Cuba juga Hidangan lengkap soto ayam bersama begedil ayam memang menggiurkan

2) Begedil kentang

Bahan-bahan;

  • 5-6 biji ubi kentang dibuang kulit, potong kecil & rebus
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • 1 biji telur
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Ubi kentang dibuang kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk.

2. Kemudian lenyekkan hingga halus. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Sebatikan.

3. Cubit adunan begedil dan bulat-bulatkan adunan. Leperkan sedikit.

4. Pecahkan telur dan masukkan lada sulah dan garam. Pukul kembang supaya bila digoreng nanti, begedil kelihatan bersarang.

5. Cara goreng begedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh begedil sahaja. Jangan penuh.

6. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.

7. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng.

8. Bila sudah garing dan kekuningan, barulah balikkan. Jangan balikkan terlalu awal kerana begedil akan pecah.

Cuba juga Ketupat cantik daun kelapa raih 1,200 share, wanita tak lokek resipi, kongsi cara balut

Resipi mudah sambal kicap tahan lebih lama dan sedap!

3) Sambal kicap

Bahan-bahan;

  • 1 ulas bawang putih diketuk
  • Segenggam cili padi
  • Gula secukup rasa
  • Sos cili secukupnya
  • Kicap

Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga garing. Masukkan juga cili padi. Goreng bersama bawang putih tadi.

2. Angkat bahan gorengn tadi dan jangan dibuang minyaknya kerana minyak gorengan bawang putih akan membuatkan sambal jadi lebih sedap.

3. Tumbuk bahan gorengan tadi dan tambahkan gula, sos cili dan kicap dengan secukupnya. Masukkan juga 1 sudu makan minyak gorengan tadi. Gaul rata.

4. Sambal isi tidak perlu diisi garam kerana kicap itu sudah berasa masin. Sambal kicap sedia untuk dinikmati.

Bahan sampingan;

  • Suhun digoreng
  • Kacang tanah
  • Bawang goreng
  • Tauge

Masukkan ke dalam mangkuk semua bahan dan kuah. Selamat menjamu selera!

Baca juga Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih

TIP

Jika tak nak guna serbuk sup dan serbuk kurma, boleh guna rempah soto. Bahan lain kekalkan, cuba tukar serbuk sup & serbuk kurma kepada rempah soto sahaja.

Sumber: Farah Lome

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca