Sotong bakar Thai, sedap dengan sos istimewa
RASANYA yang unik dengan kenyal dan tersendiri, pasti ramai dalam kalangan kita merupakan 'peminat' masakan berasaskan sotong.
Akan tetapi, jika sudah terbiasa memasak juadah yang sama, pasti kadangkala boleh mengundang rasa jemu. Apa kata cuba menu dengan kaedah membakar pula.
Bukan biasa-biasa sebaliknya sotong bakar Thai bersama sos istimewa khusus untuk dicurahkan di atas juadah ini. Barulah terangkat rasanya!
Padanlah resipi ini tular di medsos...
Artikel berkaitan: Resipi shellout paling ‘simple’, boleh share bersama keluarga!
Sotong bakar Thai dengan sos istimewa
Bahan-bahannya:
Sotong saiz besar
Isi udang segengam
Telur sebiji
Bahan Sos:
5 ulas cili kecil
4 sudu gula
secubit garam
3 sudu cuka makan
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar
Bahan kisar untuk inti:
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 hirisan halia
Cara-cara membuat inti:
Hancurkan isi udang dan gaul dengan telur dan bahan kisar
Cara-cara menyumbat inti:
Sumbat inti tadi dlm sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala supaya bersatu.
Cara-cara memasak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi (boleh guna pemanggang ajaib), kemudian bila sudah masak potong sedikit tp buat jangan bagi terpisah.
Cara-cara membuat sos:
Tumis semua bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Cara-cara hidangan:
Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan siap untuk dimakan.
*** Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiznya.Selamat mencuba!
Kredit resepi: Fadhilah Esa via Resepi Masakan Terkini
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang