SUPER lancar kopi hitam segera super klasik, umum Shuib duta produk baharu

BAGI penggemar minuman kopi di luar sana, pastinya hari anda tidak akan lengkap andai tidak menikmati keenakan minuman tersebut.

Justeru, jenama kopi dan teh ikonik, SUPER menawarkan pilihan baharu kopi hitam segera Super Klasik yang mampu menepati cita rasa penggemar minuman berkenaan.

Diperbuat daripada 100 peratus biji kopi Robusta, ia menghasilkan kelazatan kopi yang padu, namun halus dan beraroma.

Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia yang juga pemilik jenama kopi tersebut, Fiona Tan berkata, pelancaran produk terkini itu bertujuan untuk memenuhi permintaan peminat tegar kopi dan peminum teh serta bijirin yang berkualiti.

Baca ni Hirup secangkir kopi dengan panorama alam semula jadi yang indah. Ini 5 port viral ‘nature’ wajib pergi

super

“Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi yang pekat dan berperisa untuk membangkitkan semangat dalam mengharungi cabaran harian. Justeru, secawan kopi yang sempurna diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

“Biasanya peminat kopi di Malaysia akan menambah krimer dalam minuman tersebut, baik dalam bentuk susu pekat atau susu sejat. Ia menghasilkan rasa dan aroma kopi segera yang sangat kuat, namun ‘kepaduan’ kopi masih dapat dirasai walaupun dengan penambahan krimer,” ujar Fiona.

SHUIB DUTA BAHARU

Dalam majlis tersebut, SUPER turut mengumumkan pelantikan Shuib sebagai duta rasmi jenama berkenaan.

Baca lagi Cara bancuh kopi latte ala kampung paling kaw. Buat banyak simpan dalam peti sejuk. Lagi lama lagi sedap!

shuib

“Dalam masa baik dan mencabar, kita sebagai rakyat Malaysia tekun bekerja dan memberikan yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan kita. Demikian juga Shuib yang juga bapa kepada empat anak kecil yang gigih bekerja sebagai penyampai radio dan usahawan.

Iklan

“Sejak hari pertama, kami sangat bersemangat untuk berkolaboratif dengan Shuib. Pada kami, beliau duta yang sempurna kerana mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa. Justeru, kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan ‘kopi padu’ yang hebat untuk membantu kita melepasi aktiviti harian,” kata Fiona lagi.

Sementara itu, bersempena Hari Malaysia tidak lama lagi, SUPER teruja untuk mengumumkan peraduan Semarakkan Hari Malaysia yang akan bermula pada 16 Ogos hingga 30 September 2023.

Baca lagi Buka kedai kopi sendiri, Awal imbau kisah cinta bersama Scha AlYahya

shuib

Peraduan tersebut menawarkan peluang kepada para peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, sesi makan-makan eksklusif bersama Shuib dan baucar beli-belah bernilai RM21,000.

Iklan

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER (tertakluk pada terma dan syarat).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang