Tak perlu pes, buat sendiri char kuetiau gabung 3 sos ini, mudah jer

SEKALI– sekala tekak teringin makan char kuetiau pasti terjah ke kedai sahaja.

Pasti tak pernah terfikir nak buat sendiri kan? Ya lah, tengok kepada bahan-bahan diperlukan nampak macam renyah.

Rupanya ada saja cara mudah untuk kita buat sendiri. Malah tak perlu menggunakan pes, hanya guna satu sos untuk menjadikan rasanya macam char kuetiau yang biasa kita nikmati.

Wajib kena cuba resipi ini ya sebab sos ini tak payah lagi nak air rebus udang atau kisar kulit udang pun!

Bahan-bahan;

  • 2 genggam kuetiau
  • 2 biji bawang kecil dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • Sesudu cili kisar (ikut tahap pedas)
  • Kicap
  • Gula
  • Sebiji telur
  • Tauge
  • Kucai
  • Udang

Cuba juga Kuetiau Th’ng original Chinese Style sedap, mudah sesuai buat menu rumah terbuka

Rahsia resipi char kuetiau sedap persis di kedai, mudah je buat

Sos;

  • Sesudu sos ikan
  • 3 atau 4 sudu sos tiram
  • 3 atau 4 sudu sos cili

*Kuantiti ini untuk dua orang makan.

Cara membuatnya;

1. Tumis hirisan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi, masukkan cili kisar, macam biasa tunggu cili garing atau masak.

2. Masuk sos semua sekali, air, kicap, gula, telur. Biarkan mendidih seketika. Sesuaikan rasa, jangan manis sangat sebelum masuk udang (kalau tak cukup masam manis, tambah sos cili, gula dan air).

Iklan

3. Bila lihat kepekatan, rasa dan warna dalam sesuai masukkan kuetiau, tauge, kucai dan udang.

Cuba juga Tidak boleh makan laksa, kuetiau, bihun semasa berpantang, ini penjelasan pakar yang perlu ibu-ibu tahu

4. Kacau sehingga udang masak, tak lama pun kemudian terus masuk dalam pinggan. Kena makan panas-panas, jangan sampai kembang. Baru sedap!

Selamat mencuba!

Iklan

Sumber: Nurhani Yusoff

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!