Tak tahu nak tentukan pilihan warna langsir? Berikut ada caranya agar tidak tersilap

A
A
A

SUSUN atur perabot yang kemas bukan sahaja dapat memberikan ketenangan kepada penghuni kediaman, tetapi turut dapat mewujudkan suasana nyaman.

Tidak hanya itu, pelbagai aspek lain turut memain peranan. Salah satunya ialah pemilihan langsir.

Melibatkan padanan warna, corak dan saiz, setiap perincian harus dilakukan dengan tepat bagi mengelakkan kesilapan.

 

Baca juga: Ambil kira saiz ruang warna perabot, langsir, jubin sebelum cat rumah kita jangan sembarangan

 

Disebabkan itu terdapat beberapa hal yang perlu diberi perhatian sebelum membuat sebarang keputusan melibatkan pemilihan langsir.

Sekiranya ada yang masih ragu-ragu atau keliru, berikut SinarPlus kongsikan tip pemilihan langsir sebagai rujukan:

1. Warna

KETAHUI konsep atau tema dekorasi kediaman sebelum membuat pemilihan rona langsir.

Pemilihan rona yang tidak terlalu terang amat digalakkan buat kediaman dengan ruang terhad.

Pilihan warna langsing perlu selari dengan dinding. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada tempat tersebut kelihatan sempit.

Pilihan warna seperti krim atau coklat lembut dipanggil warm newtral. Disarankan elakkan pemilihan warna cook newtral seperti biru muda, firus atau kelabu lembut.

2. Material

Cuba kenal pasti konsep kediaman yang diinginkan sebelum membeli jenis tekstil.

Paling penting tahu sama ada ruang tersebut menerima cukup cahaya matahari atau tidak.

3. Rekaan

Cuba padankan corak langsir dengan persekitaran kediaman seperti perabot, dinding dan luas kawasan.

Jika memilih langsir yang terlalu sarat dengan corak akan memberikan kesan ilusi optik sempit.

4. Penggantung langsir

PELBAGAI pilihan corak, warna dan jenis langsir yang bukan sahaja menjadi pelindung privasi, tetapi ia turut menjadi penyeri di ruangan.

Pelbagai jenis dan saiz penggantung langsir berada dalam pasaran. Paling penting ketahui pilihan gaya yang diinginkan.

Lipatan langsir juga perlu sesuai dengan penggantung. Pelbagai pilihan seperti besi atau kayu dengan variasi warna hitam, emas, perak atau berkerawang.

Meskipun kecil, tetapi penggantung langsir turut dapat memberi impak kepada sesuatu ruang itu.

Ringkasnya berikut antara perkongsian yang dipetik daripada Impiana.com. Semoga akan menjadi manfaat dan inspirasi terutama ketika tibanya musim perayaan.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca