Bertemu Tun Hasmah selepas tarawih, perkongsian Ezwan Zain raih reaksi Erra Fazira — 'What a sweet memorable moment'
SUAMI kepada Erra Fazira, iaitu Ezwan Zain berkongsi detik peribadi tersebut menerusi media sosialnya selepas selesai menunaikan solat tarawih malam pertama.
“Alhamdulillah my 1st tarawih. Selamat menyambut Ramadan buat semua umat Islam. Korang tarawih kat mana?”
Ringkas, tetapi cukup untuk menggambarkan keterujaan seorang suami melalui Ramadan bersama pasangan tercinta buat pertama kali secara rasmi.
Lebih istimewa, malam tersebut bukan sekadar tentang ibadah, pemilik Kafe Kueh itu turut berkongsi foto kenangan bersama insan yang amat dihormati rakyat Malaysia, isteri kepada Mahathir Mohamad, iaitu Siti Hasmah Mohamad Ali yang bakal mencecah usia 100 tahun pada Julai nanti.
Pertemuan itu menjadikan malam tarawih terasa berlapis maknanya, bukan sekadar hadir sebagai jemaah, tetapi juga menyaksikan sendiri keindahan usia panjang yang diisi dengan ibadah dan kesederhanaan.

Di ruangan komen, Erra tidak dapat menyembunyikan rasa tersentuh.
“Awwww.. what a sweet memorable moment.. first tarawih, ruang selesa dan bertemu dengan insan yang dikagumi.. Encik suami sangat bertuah.. Alhamdulillah,” ujar Erra.
Balasan Ezwan pula sederhana, namun penuh makna seorang suami yang menghargai perjalanan hari pertamanya di bulan mulia.
“Alhamdulillah diberi rezeki yang baik dan dipermudahkan urusan hari ini. Thanks sayangku," ungkap Ezwan.
Terdahulu, Erra dan Ezwan disatukan pada 12 Disember 2025 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Rinjani Majestic Kampung Melayu Subang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
