BAGI mereka yang sedang mencari koleksi jam terkini yang mampu menyerlahkan sisi peribadi, Siri Samsung Galaxy Watch6 mungkin jawapan yang dicari-cari.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, rangkaian tali pelbagai warna dan jenis material ditawarkan untuk disesuaikan dengan pelbagai acara atau konsep pakaian.

Tidak hanya menawarkan tali jenis silikon, Samsung Galaxy Watch6 turut tersedia dengan pilihan fabrik, sukan ekstrem dan besi pada harga bermula RM1,099 hingga RM1,499.

 

“Produk berkenaan dilengkapi dengan pengendalian mudah untuk menukar tali. Hanya memasukkan pin kecil ke dalam slot khas pada tali, kemudian hanya perlu ditekan.

“Tingkatkan gaya peribadi dengan koleksi tali bermutu tinggi. Tonjolkan juga stail anda dengan jam tangan yang mampu mempamerkan personaliti unik diri,” kata label tersebut.

Baca juga: Televisyen pintar dwifungsi, Samsung Neo QLEAD 8K bawa kelainan gaya hidup moden

 

Berikut antara spesifikasi menarik fitur tersebut:

1. Saiz paparan 33.3 milimeter (mm) dengan teknologi Technology Super AMOLED.
2. Berat 28.7 gram dan sokongan sambungan tanpa wayar, Bluetooth v5.3.
3. Lengkap dengan ciri penderia jantung elektrik, ritma tidur, analisis bioelektrik, geomagnet, suhu inframerah dan cahaya.
4. Ciri pengesan jatuh dengan sistem panggilan kecemasan dipertingkatkan.
5. Penggunaan mampu bertahan hingga 40 jam dengan kapasiti bateri 300mAh.

Baca juga: Tiada tandingan, Samsung perkenal 3 model terkini Galaxy S23 yang lebih powerful

Baca juga: SK magic, Samsung Malaysia perkenal penghawa dingin WindFree Samsung berteknologi tinggi serendah RM79 sebulan

Iklan

Selain tampil dengan reka bentuk tahan lasak dan anticalar, gajet tersebut juga memiliki ketahanan kalis air hingga 40mm.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.samsung.com/my/.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang