Tampak mewah dan eksklusif, abaya sentuhan Ezuwan Ismail dijangka laku keras sempena Aidilfitri

A
A
A

DALAM industri fesyen tempatan, nama Ezuwan Ismail sudah tersohor. Digelar Tukang Jahit Termahir Malaysia, empunya diri sentiasa hadir dengan idea yang bernas lagi kreatif.

Semestinya buah tangannya sempena Ramadan dan Syawal amat dinanti-nantikan.

Ujar Ezuwan, istimewa kepada peminat jenama Ezuwan Ismail, beliau menampilkan tiga koleksi khas iaitu abaya, rekaan sedia dipakai (RTW) dan Eksklusif.

“Penghasilan deretan busana mempesona ini adalah mengikut cita rasa pelanggan. Cuma untuk himpunan Eksklusif, mereka diminta datang ke butik untuk tempahan kerana ia dibuat khas dan bukannya RTW sepertimana dua lagi koleksi lain,” katanya.

Baca ni 'Sedar diri dan tahu kedudukan.' 8 tahun berpoligami, Adira dedah rahsia hubungan baik dengan madu

Dalam pada itu, beritahu pereka fesyen tersebut, jika sebelum ini labelnya banyak 'bermain' dengan warna polos, pada musim perayaan kali ini, mereka hadir dengan kelainan.

“Dulu kain kosong, kini kami keluarkan jenis yang bercorak pada baju kurung moden dan kurung Pahang,” ujarnya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu kemudian memperincikan satu persatu koleksi Ramadan dan Aidilfitrinya.

Bagi kategori abaya, ia terdiri daripada dua rekaan dengan setiap satu mempunyai lima warna. Untuk RTW, secara keseluruhan, terdapat 15 koleksi yang pastinya pantas menambat perhatian si wanita.

Baca ni Terus relevan walau sudah 4 dekad, pakaian sentuhan Tom Abang Saufi boleh dipakai 3 generasi

Sementara untuk himpunan Eksklusif, beliau mengetengahkan 20 desain yang boleh dipilih mengikut kecenderungan masing-masing.

Dari segi fabrik, Ezuwan menyesuaikan dengan suasana dan suhu di negara ini. Selain satin, kain jenis crepe dan sifon diguna pakai.

"Kesemuanya sangat lembut, tidak keras, tahan lama dan senang dijaga,” kongsi suami kesayangan, Zahie Omar itu lagi.

Bagaimana pula dari aspek warna? Seleksinya mengambil kira rona kegemaran para pelanggan.

"Untuk abaya misalnya, saya memilih warna putih, mustard, hijau, lilac. Potongannya pula amat menitikberatkan gaya masa kini," ungkap beliau yang sentiasa menjadi pilihan selebriti popular untuk menyarung pakaian ilhamnya.

BERMUTU TINGGI

Ditebak persoalan tentang harga yang ditawarkan sedikit premium lantaran mendapat sentuhan pereka terkenal sepertinya, Ezuwan tidak menolak tanggapan tersebut.

Jelas empunya diri, setiap satu busana yang dihasilkan bermutu tinggi dan harganya pula sangat munasabah.

“Saya akui, produk pereka fesyen agak mahal sedikit dibandingkan dengan butik biasa kerana sentuhan pereka berbeza dengan orang biasa. Lagipun pereka boleh dikatakan 'sifu' dalam bidang fesyen. Kami akan buat kajian dan ambil kira pelbagai faktor sebelum menghasilkan satu-satu rekaan.

“Setiap koleksi dikeluarkan juga bersandarkan sesuatu inspirasi dan kita bukan sekadar beli kain, terus jahit. Sebab itu harga sedikit premium, selain jenama itu sendiri,” ujarnya.

Mengulas mengenai kerenah para pelanggan yang pelbagai, Ezuwan tidak pernah menganggap perkara itu sebagai satu bebanan.

Baca ni Jenama POKOKS tampil pakaian untuk kanak-kanak, ibu dan bapa. Kalau nak cari baju raya awal, dah boleh beli dah

"Ya, ia memang terjadi. Pun begitu, saya tiada masalah untuk memenuhi keinginan mereka. Sementelah, jika mereka itu pelanggan tetap, justeru saya sudah tahu konsep dan rekaan bagaimana yang mereka inginkan.

"Saya biarkan mereka kongsikan desain, selepas itu barulah saya cadangkan sama ada sesuai atau tidak. Kebiasaannya mereka tidak menolak, janji cantik,” selorohnya.

Kepada satu soalan, Ezuwan yang mengidolakan Rizalman Ibrahim dan Elie Saab berkata, pada tahun 2023, jenamanya mempunyai banyak perancangan.

Baca lagi Melinda Looi pilih anak sendiri untuk berkolaboratif dalam koleksi terbaharu yang berjiwa muda

Pun begitu, beliau enggan tergesa-gesa. Bukan apa, bimbang yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

Namun, katanya, beliau berhasrat untuk mengeluarkan koleksi RTW untuk pasaran seluruh Malaysia sepertimana yang dibuat oleh butik terkenal antarabangsa, ZARA dan H&M.

“Perancangan tersebut belum berjaya direalisasikan sehingga kini. Kalau sudah tercapai, barulah saya fikirkan tentang pasaran luar negara pula,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca