Tampil ‘chic’, elegan dan mewah dengan sepatu, skarf dan jam tangan eksklusif daripada Carlo Rino

JENAMA fesyen lokal terkenal, Carlo Rino tampil dengan himpunan serba chic menerusi koleksi Orion dan Logogram baru-baru ini.

Namun, SinarPlus akan memfokuskan kepada seleksi kasut, jam dan skarf yang boleh digayakan pada setiap masa dalam sebarang majlis.

Pada kali ini, Carlo Rino memperkenalkan kasut Orion slip on pump dan kasut pump modular.

Jika anda seorang yang minimalis atau suka bereksperimentasi, sepasang kasut pump anggun itu sudah cukup membantu melengkapkan penampilan.

Logogram slider pula sememangnya sangat sesuai dipadankan dengan semua jenis busana yang dipakai. Masakan tidak, ia menambah gaya kasual dan keselesaan.

Tidak hairanlah ke mana-mana sahaja majlis tidak kira sama ada pesta, janji temu atau bersantai di pantai, rata-ratanya memang suka memakai sepatu jenis slider.

BACA JUGA: Memang mengujakan! Carlo Rino tampil siri monogram pada beg tangan, sandal, sneaker dan pemegang telefon

Bagaimana pula dengan jam daripada Carlo Rino? SinarPlus pasti, para wanita di luar sana terpesona dengan jam tangan bertali kulit Ashen Rose yang lengkap dengan rangka sarungnya yang berbentuk unik, sekali gus memancarkan sifat kewanitaan sejati.

Iklan

Selain hitam, pengguna boleh memilih rona putih atau merah jambu.

Untuk lebih stail, apa kata jadikan skarf Vesta Geometric tidak hanya sekadar meletakkannya pada bahu sebagai penambah seri, tetapi ikatkannya dengan penuh stai pada pinggang.

Iklan

Skarf tersebut didatangkan dalam dua warna iaitu hijau dan kelabu.

BACA JUGA: Lebih stail dan trendy dengan koleksi Siri Monogram Carlo Rino 2022. Kena cepat ‘grab’!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.