Telur bungkus ekspres bagi ibu yang selalu sibuk
JIKA kesuntukan masa, menu lauk telur adalah yang paling mudah disediakan untuk keluarga.
Lagipun rasanya enak dan digemari ramai. SinarPlus percaya korang sentiasa ada stok di rumah.
Biasa-biasa korang masak telur mata kerbau, dadar, sambal atau masak lemak, apa kata kali ini korang cuba pula resipi telur bungkus ini.
Ini boleh dikatakan menu ekspres kerana penyediaan tak makan masa lama serta ia sarat dengan bahan sayuran di dalam. Dah jadi dua dalam satu kan!
Mari kita cuba buat telur ekspres resipi yang dikongsi Nabihah Yunus ini.
Bahan-bahannya:
- 2 keping isi ayam dipotong kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dibuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 paket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- Secubit garam jika perlu
- Minyak untuk menumis
- 2 biji telur
Boleh juga tengok resipi ini Apam milo 4 bahan sukatan cawan, senangnya!
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
9. Letakkan inti di tengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut.
10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah di terbalikkan ke dalam pinggan.
Selamat mencuba... semoga bermanfaat!
Sumber: Nabihah Yunus
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang