Resipi kek tembikai manis, lembut dan gebu tapi tak berjus

A
A
A

KATA orang dari mata turun ke hati. Juadah makanan dengan rupa yang menarik sudah semestinya antara yang menggamit kita untuk merasainya.

Kek yang satu ini misalnya antara yang mesti korang cuba. Jika tembikai yang original sendiri sudah menggiurkan, tak kurang juga kek dengan bentuk buah ini. Unik uols...

Jangan kata yang budak, silap hari bulan mak bapak budak pun tentu suka. Insya-ALLAH mesti menjadi sebab kaedahnya mudah iaitu boleh dimasak dengan cara mengukus.

Jadi bolehlah kuranglah risiko hangit.

Bagi yang teringin merasai keenakannya, jangan lupa cuba resipi kek tembikai yang dikongsikan kali ini ya.

"Tembikai manis, lembut dan gebu tapi tak berjus. Puas hati kejadiannya," kongsi tuan punya resipi yang sudah tular dikongsikan warganet ini.

KEK TEMBIKAI

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1sb baking powder

1/2 cawan mentega/ marjerin

1/2 cawan gula

1sb ovalette

4 biji telur

1sb esen vanila

2sb seri kaya

2sb susu pekat manis

Coklat cip

Sedikit pewarna merah dan hijau

Artikel berkaitan: Resipi kek butter cheese blueberry mudah, lemak berkrim

 

 

Cara-caranya:

Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.

Pukul mentega/marjerin bersama gula dan ovalette sehingga putih dan gebu.

Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul. Masukkan esen vanila, kemudian susu pekat berselang seli dengan seri kaya. Pukul lagi.

Masukkan tepung bersama baking powder tadi sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati.

Panaskan pengukus. Sapukan sedikit mentega pada acuan. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, lebihkan adunan untuk yang merah.

Letakkan pewarna merah, hijau muda, hijau pekat dan 1 bahagian dengan warna asal. Adunan merah campurkan dengan coklat cip. Masukkan dalam acuan, kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

Lapisan ke-2 adunan warna asal juga kukus 15 minit. Lapisan terakhir warna hijau muda, lorekkan adunan hijau pekat untuk jadikan kulit tembikai.

Kukus selama 30 minit. Sejukkan baru dihidang. Siap!!! #norfazidagda (BIKMM)

Selamat mencuba!

Kredit: ‎Norfazida Gda‎

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca