KEHADIRAN tanaman hijau bukan sahaja dapat menghidupkan aura ketenangan, bahkan ia juga mampu merawat emosi kita yang barangkali sedang berkecamuk selepas memerah otak di tempat kerja.

Apabila tersergam indah di ruang kediaman seperti dapur, kamar mandi, waima di bilik tidur, ia juga mewujudkan kenyamanan di setiap sudut.

Pengasas Pokok Kingdom, Ena Hadzir memberitahu SinarPlus, beliau yakin kehadiran kepelbagaian flora mampu mengendurkan suasana yang tegang.

pokok

“Sebelum berbisnes, saya sekadar tanam untuk suka-suka sahaja kerana pokok memberikan pengudaraan yang sedar. Suasana sekitar rumah juga banyak berubah.

“Kemudian, saya kongsikan minat tersebut di media sosial sehinggalah ramai yang tertarik dan berminat untuk mengetahui bagaimana untuk menanam pakok.

“Saya melihat ia sebagai peluang untuk menjana pendapatan dan akhirnya bermulalah perniagaan pokok ini,“ ujarnya.

Orang kata, untuk menanam tumbuh-tumbuhan, seseorang perlu ada ‘tangan sejuk‘. Ena mahupun suaminya mungkin memiliki kelebihan itu.

“Saya tak pasti tentang itu (‘tangan sejuk‘), namun setiap tanaman yang ditanam menjadi. Bagi saya, paling penting jangan putus asa sekiranya pokok yang ditanam mati. Kaji punca dan kenal pasti masalahnya. Ia mungkin disebabkan tanah, cahaya matahari atau suasana persekitaran,“ terangnya.

Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

Pokok kingdom

Trend
Kongsi Ena, tumbuhan jenis tanduk rusa atau pakis tanduk rusa kini menjadi trend dan kegilaan orang ramai. Ia juga antara paling laris di pasaran.

Masakan tidak, selain rupa bentuk dedaun yang unik, tanaman itu juga mudah ditanam, cantik dihias dan kelihatan gah di dinding kediaman.

Justeru, pengetahuan untuk menjaga dan memeliharanya perlu ada kerana bimbang pokok akan cepat layu atau mati begitu sahaja.

“Ruangan kediaman sebenarnya memiliki daya tenaga tersendiri yang mampu menyuburkan tanaman.

“Oleh itu, ketepatan dalam menentukan jenis tumbuhan memainkan peranan yang signifikan (penting),“ katanya.

pokok kingdom

Baca ni Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

Ditanya secara spesifik apakah pokok yang paling sesuai untuk dihias di ruang tamu rumah, Ena cactus atau Monster adansonii amat disyorkan, beritahu beliau.

Bagi bilik tidur pula, jenis Philodendron micans atau Scandens dicadangkan kerana memiliki saiz lebih kecil dan senang dijaga.

Tidak memerlukan persekitaran yang luas, cukup sekadar meletakkan di atas sisi meja tidur atau meja konsol.

Sementara di dapur pula, Ena berkata, pemilik rumah perlu memilih tumbuhan yang tahan lasak. Ini kerana segala aktiviti memasak dan sudah tentu sahaja pengudaraan dan tahap kepanasannya berbeza.

“Bagi bilik bacaan pula, snake plant sangat disarankan kerana tidak memerlukan penjagaan khusus.

“Ia juga tidak perlu disiram selalu dan sangat bagus untuk pengaliran udara yang baik,“ jelas beliau.

Apabila sudah menetapkan jenis pokok, susun atur dan kekemasan perlu diberi penekanan terutama bagi tumbuhan yang mempunyai perbezaan ketinggian. Tidak mengira sama ada di luar atau di dalam rumah, kekemasan itu penting, kata Ena.

Iklan

“Susun secara kontra dan perlu ada titik tumpuan atau fokus terhadap sesuatu ruangan. Lakukan secara bertingkat-tingkat. Barulah ia kelihatan cantik dipandang,“ nasihatnya.

pokok

Baca ni ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

Baja
Bagi seseorang profesional, tentu sahaja perkara itu mudah untuk dilakukan, namun bagaimana pula mereka yang baru mahu berjinak-jinak?

Ungkap Ena, hal itu tidak perlu dirisaukan kerana segala bermula dengan langkah pertama.

“Sebaiknya dahulukan pokok yang senang dan cuba menjaga sekitar satu atau dua (pokok) sahaja sebagai permulaan.

“Kemudian, kenal pasti lokasi sesuai untuk menanam pokok sama ada di bahagian dalam atau luar rumah.

“Ambil kira persekitaran suhu dan ‘siasat’ lokasi terbaik untuk pokok. Sekiranya berjaya, barulah menambah beberapa pokok lain sebagai hiasan,“ katanya.

Iklan

Selain itu, kongsi Ena, pastikan baja diletak setiap dua minggu sekali. Lap habuk di atas daun dan gemburkan tanah.

Sebolehnya tukar tanah kepada jenis campuran terutamanya pokok di dalam rumah.

“Satu lagi, jangan terlalu kerap siram pokok dalam rumah. Cukup sekadar tiga hari sekali,“ terangnya.

Sumber gambar: Instagram pokokkingdom

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!