MAJLIS istiadat perkahwinan diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, anakanda kesembilan Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah mendapat sorotan media dari seluruh dunia.

Majlis perkahwinan diraja itu berlangsung bermula 16 Januari hingga 25 Januari 2022 penuh adat istiadat.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 Hari, Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Jadi Tumpuan Dunia

Antara yang menjadi perhatian ramai ialah busana yang digayakan pasangan pengantin diraja.

Memetik Pelita Brunei, kedua-dua mempelai diraja, Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan suami memakai busana diperbuat daripada tenunan Brunei.

Baca juga: Kakanda Putera Mateen, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Bakal Bernikah 20 Januari, Majlis Berlangsung 10 Hari

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Helaian busana-busana indah perkahwinan diraja direka pereka fesyan terkenal negara, Datuk Seri Bernard Chandran.

Chandran semasa ditemu bual Pelita Brunei menyatakan, bahawa golongan muda perlu menghargai penggunaan kain tenunan Brunei kerana ia merupakan jenis fabrik tradisional yang cantik dan menarik.

Selaku pereka baju pengantin diraja sepanjang Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja menjelaskan, di mana pakaian yang dikenakan tersebut adalah mengikut cita rasa dan kesukaan Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

Menurut Datuk Seri Bernard Chandran lagi, corak baju pengantin diraja dan veil semasa Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja adalah direka mengikut rekaan terkini dan kontemporari.

Iklan

 

Menyentuh mengenai proses menghasilkan baju pengantin diraja, beliau menjelaskan, idea untuk mereka pakaian tersebut mengambil masa selama enam bulan, manakala baju tersebut mengambil masa selama dua hingga tiga bulan untuk disiapkan.

Pereka berusia 53 tahun itu mengakui telah mula mengenali dan memahami cita rasa rekaan pakaian Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah sejak baginda berusia 10 tahun.

‘You get the best design because she believed in me with the process. I know exactly what she wants,” ujarnya lagi.

Iklan

 

Dalam pada itu, beliau turut merafakkan ucapan sembah tahniah ke hadapan majlis mempelai diraja, Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi, semoga kedua mempelai diraja berbahagia selama-lamanya.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Pelita Brunei, Jabatan Penerangan Brunei Darussalam