Tiada idea nak masak juadah Ramadan? Ini 6 saluran resipi ringkas dan sedap

Tiada idea nak masak juadah Ramadan? Ini 6 saluran resipi ringkas dan sedap
Tiada idea nak masak juadah Ramadan? Ini 6 saluran resipi ringkas dan sedap
A
A
A

PADA musim pandemik Covid-19 ini, memasak sendiri adalah pilihan yang sangat tepat.

Tambah lagi menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan sahur sepanjang bulan Ramadan ini.

Jangan risau bagi mereka yang kurang mahir, hanya di hujung jari sahaja!

Kalau korang betul-betul ingin mula belajar memasak, apa kata tonton video terlebih dahulu kemudian baru pergi mencuba dengan melihat resipi.

Di YouTube atau saluran sosial media lain, terdapat banyak perkongsian masakan dan 'channel' memasak popular di Malaysia yang korang boleh buat sebagai rujukan, antaranya;

1. Khairul Aming

Korang mungkin kenal beliau melalui Instagram sebelum ini. Jadi beliau juga cuba pergi ke platform yang lebih besar di YouTube.

Kebanyakkan video di YouTubenya adalah daripada Instagram. Jadi pastinya video-video tersebut pendek dan padat.

Ada yang kata, tengok video Khairul Aming bukan nak belajar memasak tetapi nak dengar celoteh dan lawak beliau sahaja.

Jika berminat, korang boleh pergi ke channel Youtube Khairul Aming dan mula belajar memasak.

Istimewa Ramadan 2021 ini, Khairul Aming buat khas pada semua saluran media sosial beliau dengan 30 hari 30 resipi.

2. Buat Orang Lapo

Video-video daripada channel YouTube Buat Orang Lapo rata-rata daripada pemiliknya sendiri iaitu Nazatul.

Sehingga kini channel tersebut telah mendapat 600 ribu lebih subscriber yang menunjukkan ramai orang lapar yang masuk ke YouTube beliau.

Channel tersebut memberikan setiap sudut video makanan itu tampak menarik ditambah dengan lampu-lampu yang menjadikan makanan tersebut nampak sedap.

Korang boleh ikuti langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan oleh beliau di dalam video. Semua ada ditulis dibahagian description.

Patutlah tular! Resipi sambal hitam ekspress Dr Kamarul dikongsi 14 ribu warganet

3. Che Nom

Kalau nak dengar suara seperti Khairul Aming tetapi dalam versi perempuan, rasanya channel Youtube Che Nom ada suara tersebut.

Bila kita dengar, sedap je tambahan dengan arahan langkah demi langkah yang diajar juga mudah difahami dengan lenggok bahasa yang digunakan.

Sesuai untuk yang baru belajar masak. Che Nom juga akan berkongsikan tip menarik jika ada dalam video yang dimuat naik.

Videonya juga berkualiti tinggi dengan sudut yang sedap mata memandang. Jangan lupa terjah.

4. SinarPlus

Portal SinarPlus sebuah saluran yang sarat dengan kandungan gaya hidup masa kini.

Terdapat juga pelbagai resipi masakan menarik untuk korang cuba.

Bolehlah layari setiap hari untuk mencari menu juadah korang di sini.

5. iCookAsia

Channel YouTube iCookAsia juga mengenakan ciri seakan sama seperti channel Buat Orang Lapo. Video yang dirakamkan agak cantik dengan pelbagai sudut yang digunakan.

Tambahan dengan lighting dan juga muzik latar yang menarik. Ada beberapa video yang dirakam bersama dengan penerangan langkah-langkah dan ada juga hanya video sahaja.

Tetapi segala resepi ada disediakan di bahagian description video tersebut.

Resipi rahsia sambal ayam penyet yang senang dan rasa padu

Cuba juga Terliur resipi Asam Pedas Daging, tak sabar nak masak untuk berbuka

6. Seminit Resepi

Walaupun nama YouTube tersebut Seminit Resepi tetapi video yang dikongsikan bukanlah berdurasi seminit tetapi lebih.

Jadi video yang ada tidaklah mampat dan laju. Mereka akan mengajar dan berkongsi resepi-resepi mereka sendiri kepada semua penonton.

Sudut video yang digunakan adalah daripada atas, jadi korang boleh nampak semua yang berlaku di dalam kuali. Mereka akan ajar langkah demi langkah tanpa skrip. Jadi korang boleh follow perlahan-perlahan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca