Tidak menangis ketika kematian Suhaimi Saad, Ina Naim pernah dikecam. 'Kenapa perlu sedih, suami meninggal dalam kebaikan'

No Image Caption
A
A
A

KEMATIAN penyanyi dan bekas ahli kumpulan In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad terus menjadi bualan. Salah satu yang menjadi perhatian ialah ketabahan isteri tersayang, Ina Naim yang tidak menitiskan air mata ketika pemergian.

Sikap Ina yang dikagumi ramai itu rupanya pernah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah pihak. Tidak hanya itu, ibu kepada empat cahaya mata itu dihamburkan kata-kata kesat susulan tidak meratapi kematian Suhaimi.

Pemilik nama penuh Nordiana Mohd Naim itu akhirnya menjelaskan apa yang menyebabkannya begitu tabah sepanjang proses pengurusan jenazah dan pengebumian suaminya sehinggalah sekarang.

Ujar Ina, hatinya benar-benar tenang kerana mengetahui arwah pergi dalam keadaan yang baik.

Ada orang cakap, ‘dia ni memang gila, tak betul..laki mati tak menangis’.

No Image Caption

"Nak buat apa kita menangisi kematian suami? Lainlah kalau suami meninggal dalam keadaan mati katak atau buat maksiat..yang itu kita sedih.

"Suami kita meninggal dalam keadaan husnul khatima. Para malaikat, bidadari dan ALLAH sambut dia, jadi kita nak sedih kenapa? Saya pun nak mati macam tu," jelas Ina menerusi sesi live di TikTok.

Baca juga: 'Saya rasa arwah sangat selesa di sana.' Ina Naim dedah 4 kali mimpi Suhaimi Saad, wajah sangat bersih & bercahaya Baca juga: 'Dia nak umur hanya 43 tahun.' Suhaimi Saad 'pergi' dengan mudah, ketenangan Ina Naim jentik hati warga maya Baca juga: Tak cemburu orang senang, suka sedekah, cerita Ina Naim kebaikan, sifat mulia Suhaimi Saad undang air mata

Masih mengingati pesanan Allahyarham dalam mengemudi rumah tangga, Ina berkata, beliau akan sentiasa mengingati pesanan arwah suaminya iaitu menghindari riba.

No Image Caption

"Perkara yang dia paling jaga sejak muda adalah nak membeli barang. Alhamdulillah terhindar daripada segala riba termasuk telefon, penapis air, tilam, rumah.

"Dia pesan dekat saya, kalau nak beli barang, belilah secara tunai. Kalau tidak ada sabar tunggu. ALLAH akan bagi. Jangan ambil riba, riba adalah musuh ALLAH.

"ALLAH tak suka mereka yang ambil riba, mereka yang ambil riba dia seolah-olah sedang berperang dengan ALLAH," luah Ina.

Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada pada 15 November 2023 di usia 43 tahun selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Allahyarham dan Ina mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang