'Saya rasa arwah sangat selesa di sana.' Ina Naim dedah 4 kali mimpi Suhaimi Saad, wajah sangat bersih & bercahaya

ina naim mimpi suhaimi saad
ina naim mimpi suhaimi saad
A
A
A

PEMERGIAN penyanyi Suhaimi Saad pada November tahun lalu mengundang fenomena pada ketika itu. Pemergian Allahyarham yang sering berkongsi ilmu, peringatan dan kebaikan di laman sosial TikTok ditangisi peminatnya.

Sering muncul live, beliau berkongsi tentang pelbagai isu termasuk berkaitan ibadat dalam suasana santai dan penuh humor. Justeru tidak hairanlah, jika nama bekas anggota kumpulan In-Team itu masih disebut-sebut sehingga kini.

Baru-baru ini, balunya, Ina Naim mendedahkan, suami kesayangannya itu pernah muncul dalam mimpi sebanyak empat kali.

Baca juga: 'Dia nak umur hanya 43 tahun.' Suhaimi Saad pergi dengan mudah, ketenangan Ina Naim jentik hati warga maya

Baca juga: Tak cemburu orang senang, suka sedekah, cerita Ina Naim kebaikan, sifat mulia Suhaimi Saad undang air mata

Menerusi penstriman langsung, pemilik nama sebenar Nordiana Mohd Naim itu bagaimanapun langsung tidak bersedih, sebaliknya tersenyum seolah-olah baharu bertemu kekasih hatinya.

"Saya ada bermimpi arwah (Suhaimi). Mimpikan dia sangat seronok dan saya tidak sedih.

“Semua mimpi tentangnya, apabila bangun tidur saya senyum sahaja,” katanya.

Tambah Ina lagi, arwah muncul dalam mimpi dengan wajah yang sangat bersih dan bercahaya.

Setiap kali mimpi itu tiba, penyanyi lagu Duhai Hati itu akan menitipkan doa buat roh Allahyarham.

Baca juga: Pesanan terakhir Suhaimi Saad dalam live undang sebak. 'Usahakan setiap waktu solat jemaah, dua orang pun tak apa'

Baca juga: Rekod pantas siap rakam lagu kurang 10 minit, mengenang perjalanan Allahyarham Suhaimi Saad dalam industri nasyid

"Saya mimpi tentang arwah sebanyak tiga atau empat kali. Semuanya dalam keadaan yang sama iaitu di meja makan. Ada air (terhidang) kemudian arwah tundukkan muka dan senyum.

“Mukanya sangat bersih, putih bercahaya. Pada pipinya, timbul urat-urat warna hijau.

“Saya rasa arwah sangat selesa di sana. Apabila terjaga dari tidur, saya akan bacakan doa untuk hilangkan rasa rindu,” katanya lagi.

Sekadar info, Suhaimi Saad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 November tahun lalu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat masalah kesihatan yang menyebabkan organ dalamannya tidak berfungsi.

Baca juga: 'Sarat rindu pada arwah suami, sedihnya tengok.&' Momen perpisahan Ina Naim & jirannya bikin ramai sebak!

Baca juga: Ina Naim jual kosmetik, pakaian di laman sosial tambah pendapatan keluarga

Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Dalam live terakhir, Suhaimi yang merupakan graduan jurusan Bahasa Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sempat berpesan agar sentiasa menunaikan solat berjemaah susulan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Baca juga: Apabila kita bermimpi ibu bapa yang telah meninggal...

Baca juga: Mimpi siang atau malam? Macam mana nak tahu mimpi itu baik atau tidak?

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca