MENU nasi lemak pasti tidak lengkap andai tidak dinikmati bersama dengan sambal tumis sotong kembang.

Rasanya yang enak menyebabkan gabungan mantap hidangan tersebut menjadi kegemaran ramai.

Lihat kepada rupa sotong itu nampak seperti mudah untuk dimasak. Namun, ia tidak semudah seperti yang kita lihat ya.

Baca ni Rahsia sambal bilis garing sedap dan padu, rupanya kena masak begini. Barulah sambalnya pekat!

sambal sotong

Sotong memang sedikit liat dan berair. Jadi, jika tak kena cara penyediaannya, memang tak dapat hasilkan yang terbaik.

 

Kepada anda yang nak cuba masak sendiri di rumah, jom SinarPlus kongsikan kembali tip menyediakan hidangan tersebut.

sambal sotong

Petua tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Har Ryea

Beliau berkongsikan tip dan resipi masakan tersebut menerusi page Masak Apa Hari Ni.

Berdasarkan petikan video itu, rupa-rupanya Har Ryea memasukkan kacang tanah dalam untuk membuatkan rasa sambal lebih sedap dan berlemak. Oh! Itu rahsia terbesarnya…

Baca lagi Tip sotong kekal pejal & tak berair, sebelum masak kena ramas dengan garam sampai berbuih

sambal sotong

Berikut bahan-bahan dan cara membuat sambal tumis sotong kembang:

Bahan-bahan:
3 ekor sotong (bersihkan)
6-7 sudu besar cili kering kisar (rebus dulu)
2-3 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar halia kisar
1-2 biji bawang besar hiris kasar
Seketul kecil gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Garam dan perasa
Sedikit gula pasir
Semangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar kasar)

Baca lagi Paling senang masak, amat sedap! Sotong sumbat telur ni wajib dicuba

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar. Goreng sampai sedikit garing.

sambal sotong

2. Masukkan bahan-bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau seketika.

sambal sotong

3. Masukkan cili kering kisar lalu kacau. Kemudian masukkan gula melaka. Tumis lagi.

4. Seterusnya masukkan garam, serbuk perasa, gula pasir (agak-agar je), dan sedikit pes asam jawa. Kacau rata dan biarkan hingga naik minyak.

Iklan

sambal sotong

5. Boleh masukkan sotong, gaul rata. Masukkan juga kacang tanah goreng yang dikisar kasar.

6. Masukkan sedikit air, gaul lagi. Boleh tambah kacang tanah jika mahu.

sambal sotong

 

7. Masak hingga sambal naik minyak dan wangi. Pastikan selalu kacau supaya sambal tak hangit.

Tip sotong kembang tak liat dan berair bila masak:
– Rebus sotong seketika. Bila sudah mendidih, padamkan api.
– Biarkan seminit dua sebelum ditoskan dan sedia dipotong.

Iklan

sambal sotong

Baca lagi Cara pilih sotong segar ramai tak tahu, tip nombor 2 paling penting hadam

Selain dimakan bersama nasi lemak, sambal itu juga sedap jika dipadankan dengan kuah lodeh.

Rasa lemak daripada kacang tu menambah lagi kesedapan hidangan lontong. Tak percaya, anda masak sendiri dan kongsikan hasilnya nanti.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang