Tip cuci sendiri toto guna dobi layan diri. Kena pandai pilih suhu air, pengering yang sesuai
SETIAP kali nak cuci toto atau comforter, ramai yang memilih untuk menghantar ke dobi memandangkan ketebalan dan saiznya yang besar.
Sementelah, cara cucian yang betul juga penting. Jika tersalah teknik, silap hari bulan cucian tak bersih.
Memandangkan sekarang banyak terdapat dobi layan diri, tak perlu lagi kalian hantar ke dobi biasa yang mungkin mengambil masa untuk disiapkan.
Lebih baik cuci sendiri dan terus siap hari yang sama. Cuma, tidak boleh semberono dalam menggunakan dobi layan diri. Harus tahu cara dan teknik yang betul.
Cucian tersebut tidak sama seperti mencuci pakaian yang dimasukkan terus ke dalam mesin cucian.
Berikut SinarPlus kongsikan tip mencuci menggunakan dobi layan diri yang dimuat naik Bubble Laundrette Station 18 menerusi laman Facebook miliknya.
Berikut beberapa panduan yang anda perlu praktikkan:
1. Periksa label pada comforter untuk memastikan ia sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang dibenarkan.
2. Pastikan tiada bahagian yang terkoyak atau tetas jahitan. Ini bagi mengelakkan bahagian yang terkoyak menjadi lebih besar.
3. Pre-wash iaitu cuci kotoran yang kelihatan (stain) menggunakan cecair pencuci.
4. Masukkan comforter ke dalam mesin basuh.
5. Untuk cucian yang lebih berkesan, guna mesin basuh yang besar dan satu mesin basuh untuk satu comforter.
6. Pilih suhu basuhan mengikut kesesuaian fabrik. Untuk pelanggan yang ada masalah alahan, dicadang menggunakan cucian air hangat atau panas untuk membunuh hama (dust mite).
7. Masukkan sabun dan pelembut fabrik di bahagian saluran masuk (inlet) masing-masing. Gunakan sabun yang lembut (mild).
8. Selepas selesai cucian, keringkan menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi (high temperature) atau mengikut kesesuaian fabrik. Suhu pengeringan yang tinggi juga boleh membunuh hama.
9. Untuk pengeringan yang lebih efisien, guna mesin pengering yang besar dan satu mesin pengering untuk satu comforter.
10. Periksa kekeringan comforter sebelum pusingan tamat. Tambah tempoh masa pengeringan mengikut keperluan.
12. Masa pengeringan yang dicadangkan adalah 27 hingga 30 minit. Pastikan fabrik kering sepenuhnya untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.
12. Cara lain adalah dengan menjemur comforter di bawah cahaya matahari yang terik selama beberapa jam untuk mengeringkannya.
Mudah bukan, selamat mencuba!
Sumber: Facebook Bubble Laundrette Station 18
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang