Tip mekap simple tapi tetap cantik. Nombor 4 tu kena elakkan jika tidak mahu hidung bercapuk!

20220723_103056_0000
20220723_103056_0000
A
A
A

RAMAI beranggapan mekap tebal membantu seseorang wanita untuk tampil cantik.

Sebenarnya, kenyataan itu kurang tepat kerana ada yang mengenakan mekap tipis, namun tetap kelihatan manis dan sedap mata memandang.

SinarPlus baru-baru ini berkesempatan mendapatkan tip daripada jurusolek terkenal, Ayang Kamel berkenaan cara mekap yang betul.

Baca ni: 'Tension' tudung terkena mekap, ini cara mudah bersihkannya

mekap solekan

Tampak simple, tetapi cantik. Begini caranya:

1. Mata sepet nampak bulat

Lekatkan scotch tape pada hujung lipatan mata. Kemudian sapu pembayang mata rona gelap seperti hitam, kelabu, coklat dan ungu gelap. Anda boleh kenakan bulu mata palsu yang nipis jika mahu.

2. Lipstik tahan lama

Gunakan penggaris bibir dalam rona senada dengan bibir. Selepas itu, sapukan lipstik seperti biasa. Rapatkan bibir dengan tisu dan setelah itu sapukan sedikit bedak tabur sebelum mengenakan lipstik sekali lagi. Mudah bukan?

Ketap dan jilat bibir antara 'big no'. 3 tabiat ini perlu dijauhi

 

3. Hidung lebih mancung

Teknik shading pada hidung dapat membuatkan hidung nampak lebih mancung. Namun, elakkan sapuan pelembab kerana cara ini tidak sesuai dan akan membuatkan hidung akan bercapuk.

Boleh gantikan dengan sapuan bedak asas 2-3 kali lebih gelap kiri kanan garis batang hidung.

Cara lain,

sapukan bedak asas 2-3 kali lebih cerah di puncak hidung dan diakhiri dengan sapuan bedak biasa.

4. Pemerah pipi tahan lamai

Sapukan pemerah pipi jenis krim diikuti dengan bedak padat ataupun bedak tabur. Selepas itu, barulah sapukan pemerah pipi pilihan anda.

5. Penggaris mata tahan lama

Sebelum menggunakan penggaris mata gunakan pelembap mata terlebih dahulu diikuti concealer. Kemudian, gunakan penggaris mata jenis pensel dan lapiskan dengan penggaris mata jenis cecair agar lebih menyerlah.

Ketap dan jilat bibir antara 'big no'. 3 tabiat ini perlu dijauhi

6. Bibir kering dan pecah

Oleskan balm bibir untuk mengelakkan bibir kering dan pecah. Kemudian sapu lipstik seperti biasa. Sebaik-baiknya pilih lipstik yang mempunyai bahan pelembap.

7. Elak kulit kering dan warna tidak sekata

Campurkan beberapa titik beauty oil seperti argan oil, rose oil dan sebagainya di dalam bedak asas yang digunakan. Anda juga boleh menyapu minyak ini pada bahagian mata sebelum mengenakan pembayang mata.

Kulit wajah bukan sahaja kekal lembap, malah warna kulit juga lebih sekata dan memperbaiki tekstur kedutan (jika diamalkan).

Duduk rumah pun kena mekap, ini tip solekan ringkasKadang-kadang terlewat nak ke tempat kerja, tapi takkan nak biarkan wajah polos tanpa mekap kan? Jadi, tip yang dinyatakan Ayang mungkin berguna buat anda.

Less is more! Paling penting, kita akan tetap menawan!

Sumber: Ayangkamell (jurusolek)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca