NAMPAKNYA, trend staycation sepanjang bulan puasa menjadi pilihan ramai khususnya mereka yang suka mencipta momen indah bersama insan tersayang.

Menariknya, sudah banyak pakej berbaloi yang ditawarkan hotel terkemuka di sekitar Lembah Klang bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan.

Bagi mereka yang plan untuk ubah mood, apa kata pertimbangkan pilihan staycation yang lengkap dengan pakej sahur dan bilik pada harga lagi menguntungkan.

Bayangkan satu bilik jer boleh dapat harga RM150+. Semua itu lengkap dengan set sahur untuk dua orang. Perghh memang berbaloi!

Kalau mahu pilihan premium, harga tak sampai RM600 untuk dua orang. Mungkin mereka yang ada anak-anak kena tambah ekstra bajet.

staycation ramadan

Tak dinafikan, kita perlu berbelanja lebih untuk bufet Ramadan tapi untuk tawaran penginapan dan sahur, boleh dikatakan pakej jauh lagi murah berbanding rate standard.

Bukan apa, kalau dapat peluang sekali-sekala berbuka puasa di hotel idaman, tak perlu dah kita nak rush balik rumah dengan jalan sesak lagi, kan?

staycation ramadan

Lagi pula setiap hotel sudah menyediakan ruang solat yang selesa sama ada untuk solat Maghrib atau tarawih. Siap boleh berjemaah lagi dengan imam yang sudah dilantik.

Carian SinarPlus mendapati, pelbagai pakej istimewa ditawarkan untuk kalian yang merancang untuk ubah angin sama ada mahu berbuka dan bersahur di hotel impian.

Berikut destinasi yang menyajikan kemudahan sedemikian:

staycation ramadan

1. Ramadan Staycation Hotel Tenera Bangi
– Terdapat tiga pakej yang ditawarkan kepada orang ramai yang ingin menginap di sana untuk tempoh 14 Mac hingga 7 April nanti.
– Pilihan pertama iaitu dua hari satu malam (bilik Superior) untuk dua orang termasuk bufet Ramadan dan sahur bernilai RM388.

staycation ramadan
– Pilihan kedua iaitu dua hari satu malam (apartment dua bilik tidur) untuk empat orang lengkap dengan bufet Ramadan dan sahur untuk dua orang bernilai RM688.

staycation ramadan

2. Ramadan Staycation Mardhiyyah Hotel & Suites
– Tawaran penginapan bilik Deluxe (satu malam) bernilai RM270 termasuk sahur untuk dua orang.
– Diskaun 10 peratus untuk bufet Ramadan di Royale Songket untuk dewasa saja untuk tempoh 13 Mac hingga 8 April depan.

staycation ramadanBaca juga Tahun Melawat Perak 2024, ini lima destinasi staycation di negeri Bos Gaurus yang wajib masuk dalam bucket list

– Seleksi lebih 50 jenis menu utama untuk hidangan bufet yang bertemakan Destinasi Rasa termasuk sajian istimewa, Smoke Hickory Roasted Whole Lamb.

staycation ramadan

3. Ramadan Room Promotion Tamu Hotel & Suites KL
– Tawaran harga serendah RM150+ (satu malam) penginapan bilik dan sahur untuk dua orang.
– Selain itu, bufet Ramadan bertemakan Cerita Citarasa Ramadhan itu juga menawarkan sajian signatur, Nasi Kambing ‘Tagine’, sup gearbox dan gulai batang pisang.

 

– Orang ramai boleh menikmati keindahan panorama 360 darjah ibu kota dari Suasana @27 untuk pengalaman berbuka puasa luar biasa.

Palm Garden Hotel

4. Kampunglicious The Bountiful Palm Garden Hotel
– Tawaran special untuk kalian yang mahu bermalam di Putrajaya sempena bulan Ramadan ini.
– Pakej bermula RM599 (satu malam) lengkap dengan sahur dan bufet Ramadan untuk dua orang untuk tempoh 12 Mac hingga 8 April 2024.

Iklan

Baca juga Idea staycation sepanjang cuti Aidilfitri, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie antara lokasi penginapan baharu yang boleh dicuba

Palm Garden Hotel
– Uniknya, bufet Ramadan bertemakan Kampunglicious Buffet dengan lebih 80 menu mengiurkan.
– Jika anda mahu walk in untuk berbuka puasa di sana, kadar RM178 untuk dewasa manakala RM89 untuk kanak-kanak.

Palm Garden Hotel
– Jangan lepaskan masakan ikan bakar, shawarma, sate dan kambing barbeku, selain masakan kampung seperti asam pedas ikan tenggiri, udang masak kam heong, daging kandar serta banyak lagi.

staycation ramadan

5. Selera Kampung Staycation Glenmarie Hotel & Golf Resort
– Antara pilihan ramai yang terletak di Seksyen U1, Shah Alam, Selangor.
– Tawaran pakej special bermula RM500++ manakala untuk single, ia bermula RM390++.

staycation ramadan
– Semua itu termasuk penginapan bilik jenis Deluxe, bufet Ramadan dan sahur untuk dua orang serta ruang parking percuma.

Baca juga Enjoy sakan sempena minggu terakhir cuti sekolah, ini 5 lokasi di Selangor jadi tumpuan ramai

– Untuk pilihan bufet Ramadan yang bertemakan Selera Kampung dengan lauk laku keras seperti kambing barbeku bersama beriani, ikan patin masak tempoyak, ayam panggang percik Kelantan dan banyak lagi.

Iklan

staycation ramadan

Banyak lagi sebenarnya pengusaha hotel menawarkan keunikan lebih kurang sama bagi menarik lebih ramai pengunjung pada bulan penuh berkat ini.

Cuma bergantung kepada bajet kita untuk memilih pakej yang ngam dengan poket masing-masing. Ada yang mampu untuk berbelanja lebih, ada juga sebaliknya.

staycation ramadan

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!