DINDING kediaman yang menggunakan tiles ataupun jubin memang digemari kaum ibu khususnya suri rumah kerana ia mudah dibersihkan.

Cuma, apabila mahu menebuk lubang untuk membuat rak, kabinet, plug dan sebagainya, dinding jenis itu sedikit bermasalah.

Sayang pula kan, tiba-tiba ada ‘kecacatan’ pada jubin berkenaan.

Lebih-lebih lagi sudah banyak modal dilaburkan.

Alih-alih rosak angkara salah drill menyebabkan dinding tersebut pecah atau retak.

Justeru, SinarPlus akan berkongsi tip mudah, tetapi selamat berdasarkan informasi yang dimuat naik saudara Alel Sharifuddin.

Baca ni Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

Alif mengajar kita semua bagaimana cara menebuk sendiri lubang di atas permukaan jubin.

Berikut langkah yang perlu dibuat:

1. Gunakan tukul dan paku sedikit sahaja di kawasan yang telah ditanda. Ia bertujuan memberi laluan kepada mata drill. Jika terus gunakan mata drill, bimbang mata drill itu akan tergelincir kerana permukaan jubin yang licin.

2. Gunakan mata drill tiles. Boleh didapati di mana-mana kedai hardware dengan harga RM12.

3.Gunakan mode drill dan bukan mode ‘HAMMER’ kerana itu yang menyebabkan tiles pecah. Mata drill tadi hujungnya sudah tajam, jadi tidak perlu tolak mesin kuat-kuat.

4. Selepas jubin tersebut sudah berlubang, pakai mata drill untuk menebuk dinding pula. Ini bagi menjaga mata drill tiles. Boleh sahaja jika nak guna mata drill itu, tetapi nanti hujungnya tumpul.

Iklan

5. Selepas sudah ada lubang pada jubin dan tukar mata drill, barulah boleh tukar kepada mode HAMMER. Tekan perlahan-lahan juga.

6. Siap. Inilah hasilnya! Kemas dan jubin tidak pecah atau sompek.

Baca ni ‘Saya bangga dan sayang ayah.’ Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Mudah dan cepat kan? Lepas ni tidak perlu nak pening kepala atau buang duit upah tukang rumah.

Iklan

Anda boleh buat sendiri di rumah. Memang jimat. Selamat mencuba!

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Sumber: Alel Sharifuddin 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi