Trip ke Hat Yai Thailand dengan bajet bawah RM100, lelaki ini kongsi 8 pilihan hotel murah & mampu milik
HAT YAI, Thailand antara destinasi pelancongan popular yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti.
Tak kiralah sama ada nak staycation atau bercuti panjang, bandar berkeluasan 21 kilometer persegi tersebut mempunyai banyak hotel murah dengan servis tip top.
Bayangkan satu bilik besar lengkap dengan kolam renang privasi yang boleh memuatkan tiga atau empat orang tak sampai RM100 pun semalam.
Paling tidak pun, kalau datang berlibur dengan kawan atau famili, pilihan kamar yang luas dan bersih antara kriteria utama, selain dekat dengan kedai makan.
Kalau nak lagi mudah, mesti kita pilih kemudahan penginapan yang dekat dengan lokasi tumpuan seperti Asean Night Bazaar, Hat Yai Cable Car, Greenway Night Market dan Pasar Terapung Klong Hae.
Nak jalan-jalan cuci mata hanya jalan kaki atau naik tuk-tuk jer.
Kalau ada bajet lebih, boleh sewa van mewah untuk bawa kalian lebih jauh ke Pantai Samila, Songkhla atau lajak terus ke Krabi.
Menariknya, ramai kaki jalan berkongsikan opsyen hotel bajet pada nilai lebih menjimatkan dan berbaloi.
Berikut maklumat ringkas yang dikongsikan pengguna TikTok, Farez Othman yang boleh kalian pertimbangkan jika merancang melancong ke Hat Yai:
1. TK Mansion Hat Yai
Lokasi: 376, Supasarnrangsan Road, Hat Yai, Thailand
Harga: Bermula RM89
2. Z Sleep Hotel
Lokasi: 1564, Kanjanavanit Road, Hat Yai, Thailand
Harga: Bermula RM85
3. V.L HatYai Hotel
Lokasi: 1-3-5-7, Niphatautid1 Road, Hat Yai Downtown, Hat Yai, Thailand
Harga: Bermula RM80
4. Centara Hotel
Lokasi: 3, Sanehanusorn Road, Hat Yai, Thailand
Harga: Bermula RM98
5. HatYai Greenview Hotel
Lokasi: 85/4, Sangsri Road, Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand
Harga: Bermula RM78
6. Hi Season Hotel
Lokasi: 33/2, Rajyindee Road, Hat Yai, Thailand
Harga: Bermula RM85
7. Crystal Hotel
Lokasi: 327, Kanchanavanich Road, Hat Yai, Thailand
Harga: Bermula RM99
8. Diamond Plaza Hotel
Lokasi: 62, Niphat Uthit 3 Road, Hat Yai Downtown, Hat Yat, Thailand
Harga: Bermula RM75
Kalau dicongak, banyak lagi sebenarnya hotel bajet di sekitar Hat Yai sama ada sudah dikenali atau dibuka baharu yang boleh kalian tempah awal sebelum merentasi sempadan.
Bukan apa, sudah ramai yang bercuti DIY tanpa bergantung dengan ejen pelancongan dan bajet yang diperlukan juga lebih murah.
Apapun, selera orang berbeza-beza dan kalau nak terbang ke luar negara, paling utama pastikan jaga keselamatan dan kesihatan diri ya.
Okey! Selamat berhujung minggu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang