UDANG boleh dimasak dengan pelbagai cara, antaranya gulai, sambal, gril, panggang, goreng, ataupun dijadikan bahan utama dalam kuah.

Rasanya yang sedap dan kaya dengan nutrisi menjadikan ia sebagai lauk pilihan dan kegemaran ramai orang kita.

Memasaknya pula sangatlah senang, tidak memerlukan kepakaran terutamanya untuk membuat resipi udang masak diraja ini.

Dengan hanya bahan yang sedia ada di dapur, cubalah udang masak diraja ini. Pasti menjadi kegemaran anda sekeluarga.

Tak lupa juga, pastikan anda menggunakan udang yang segar ya untuk hasil masakan yang ohsem.

Bahan-bahanya;

  • 1/2 udang galah atau kertas
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 keping asam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan santan pekat

Cuba juga Udang khamped sedap, padu. Sajian Thai yang wajib cuba

Bahan dikisar;

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia

Udang khamped sedap, padu. Sajian Thai yang wajib cuba

Cara-cara membuatnya;

1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang.

2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau. Masukkan serai ketuk. Masukkan udang dan kacau, sebatikan.

Iklan

3. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit dan asam keping. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

7. Gaul bagi sebati dan siap, bole dihidang bersama nasi putih panas dan ulam-ulaman.

Tip; Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa segar udang.

Iklan

Selamat mencuba semoga bermanfaat!

Sumber : Aryati Sarah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.