Untuk ibu-ibu sedang pantang, buat sendiri ikan bilis halia bawang putih. Senang sangat!
AMALAN berpantang secara tradisional cukup sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.
Tempoh berkenaan amat penting bagi memastikan ibu-ibu sembuh selepas bertarung melahirkan bayi.
Selain tidak melakukan aktiviti berat, bab pemakanan amat penting untuk diberi perhatian.
Seperti yang dipraktikkan oleh nenek moyang kita pada zaman dulu, makanan seperti halia, bawang putih dan lada hitam antara yang digunakan dalam masakan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Rozza Roha berkongsi satu menu menggunakan ikan bilis, halia dan bawang putih serta lain-lain bahan tambahan untuk ibu-ibu lepas bersalin.
Tak susah nak buat pun. Sebenarnya resipi itu boleh dimakan oleh sesiapa sahaja walau bukan dalam pantang pun.
Jom kita cuba.
RESIPI IKAN BILIS HALIA BAWANG PUTIH
Bahan-bahan
1/2 kilogram halia tua [BELI DI SINI]
10 hingga 12 labu bawang putih [BELI DI SINI]
1 mangkuk ikan bilis [BELI DI SINI]
1 atau 2 sudu besar lada hitam (disangai dan ditumbuk terlebih dahulu) [BELI DI SINI]
Serbuk lada sulah [BELI DI SINI]
Minyak untuk menggoreng [BELI DI SINI]
Cara penyediaan:
1. Hiris bawang putih dan halia senipis yang boleh menggunakan pisau yang tajam.
2. Goreng hirisan halia menggunakan minyak yang banyak.
3. Setelah garing, toskan terlebih dahulu. Lapik tisu dapur dalam besen untuk lebihan minyak.
4. Goreng hirisan bawang putih menggunakan minyak yang sama.
5. Setelah garing, cepat-cepat angkat dan toskan. Kalau terlebih goreng, bawang putih akan menjadi pahit.
6. Seterusnya, goreng ikan bilis.
Baca juga: Sedapnya lempeng kampung, gebu & lembut sampai ke petang, ini resipi dari dapur bujang
7. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan lada hitam yang telah disangai ke dalam besen.
8. Tidak perlu tambah garam kerana ikan bilis sudah masin.
Baca juga: Buat roti krim instant sendiri guna resipi paling mudah sekali, memang mengundang nostalgia!
9. Gaulkan semua hingga sebati.
10. Sedia untuk dihidang.
Menarik resipi yang dikongsikan wanita tersebut.
Kalau makan dengan nasi panas memang terbaiklah. Daripada beli di luar, baik buat sendiri.
Jimat, boleh simpan stok sampai seminggu lamanya untuk setengah kilo ikan bilis.
Selamat mencuba.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang