Ustaz Azhar kongsi cara romantis dengan isteri, titip nasihat buat Syed Saddiq. Netizen tanya: 'Tuntut ilmu rumah tangga ke tu?'
SIAPA sangka di sebalik tegasnya nada ceramah, Ustaz Azhar Idrus, 61, rupanya suami yang romantik orangnya!
Baru-baru ini, perkongsiannya tentang cara melayan isteri dan keluarga mencuri dicelah kesibukan perhatian ramai. Siap sempat selit nasihat buat ahli politik muda, Syed Saddiq Abdul Rahman, 33.
Gelagat bersahaja Ustaz Azhar membuat netizen terhibur, sampai ada yang berseloroh: “Tuntut ilmu rumah tangga ke tu, YB?”
Menerusi perkongsian menerusi Instagram itu, Ustaz Azhar sempat berkongsi biarpun gemar berbasikal sempat meluangkan masa bersama keluarga. Jarak kayuhan mencecah 15 kilometer membuatkan Ahli Parlimen Muar itu kagum.

"Sebelum kayuh, saya beritahu isteri, nanti pukul 6 petang tunggu di kedai tertentu. Beritahu isteri pesan makanan termasuk anak-anak.
"Saya keluar pukul 5 kayuh biar dapat 13 hingga 15 kilometer kemudian berjumpa dengan mereka di kedai,"
"Mereka juga mendapat masa bersama saya lebih kurang setengah jam," kongsinya.
Pemilik nama Zamrul bin Idrus itu juga sempat berbicara mengenai masanya bersama isteri tercinta.
"Pagi saya akan sarapan dengan isteri manakala sebelah petang dia akan tunggu di pantai.
"Dia akan hamparkan tikar dan ada ayam goreng. Setiap hari tidak boleh miss, isteri akan bersama saya jika saya di Terengganu.
"Walaupun sesibuk mana, walau 10 minit," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar sempat menitip nasihat buat ahli politik muda itu.
"Orang hendak burukkan Syed, mereka akan cari isu di mana ada keburukan.
"Kalau ada, biarpun lama akan disampaikan. Kalau tiada, mereka akan cipta fitnah untuk menjatuhkan," tutur Ustaz Azhar.
Dalam pada itu, Syed Saddiq yang mengagumi agamawan itu dan menyifatkan Ustaz Azhar bukan biasa-biasa.
"Nama besar. Ilmu luas. Hati besar.
"Kebahagiaan bukan pada harta. Tapi pada keluarga. Jaga mereka. Sayangi mereka. Jangan abaikan.
"Fitnah datang bertubi-tubi. Jangan goyah. Jangan lemah. Tetap cekal. Tetap tenang.
"Bonus fact? Ustaz pun kaki cyclist! Bukan biasa-biasa," kongsinya.

Warganet teruja melihat ertemuan antara kedua insan ternama itu. Nampaknya bukan Syed Saddiq sahaja, netizen pun turut sama ‘terdidik’ dengan perkongsian Ustaz Azhar.
Sesibuk manapun, keluarga tetap nombor satu.
Tidak kurang yang memuji anak muda itu yang mempunyai hubungan baik dengan ulama dan berseloroh gosip percintaan Syed Saddiq serta Bella Astillah.
"Alhamdulillah antara pemimpin yang menerima ulama. Tahniah YB."
"Syukur, menuntut ilmu rumah tangga ke YB?
"Alhamdulillah. Untung YB jumpa orang-orang hebat."
"Bagus anak muda. Teruskan mencari ilmu bersama murabbi."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
