Ustaz Azhar Idrus beli keperluan sekolah anak di Jalan TAR, mesra layan para peminat
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/10/thumbs/900x900/3001462.jpg)
SEMINGGU lagi sesi persekolahan 2025 bakal bermula. Ramai yang membeli keperluan anak-anak sebagai persiapan akhir.
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus juga tidak ketinggalan menjalankan tugas sebagai bapa membuat persiapan untuk cahaya matanya.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok @misszaw, menyapa Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Ustaz Zamrul bin Idrus di lokasi membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur, iaitu Jalan Tunku Abdul Rahman atau ringkasnya disebut Jalan TAR.
"Terserempak ustaz UAI di Jalan TAr, KL, petang tadi. Sporting habis ustaz.
"Selalu tengok ustaz dalam video je. Sekali jumpa depan-depan. Itu yang teruja. Ustaz pun baik layan peminat dia ," kongsinya.
Menerusi video berdurasi 53 saat, Ustaz Azhar atau UAI yang meninjau pakaian sukan untuk anak lelakinya mesra melayan peminat yang menyapa.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/10/3001461.jpg)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap UAI yang sentiasa rajin melayan peminat untuk mengabadikan foto bersama
Tidak hanya itu, warganet turut memuji UAI yang memilih Jalan TAR untuk membeli keperluan anak.
"Dua kali ke Terengganu jumpa UAI memang sporting, layan kami berborak dan ambil gambar."
"Saya pernah bergambar dengan ustaz. Memang beliau baik
dan tak sombong. Tapi dia jalan laju,"
"Sempoi Ustaz, beli baju seluar di tepi jalan, so humble."
"Dalam sibuk pun Ustaz layan peminat, boleh bergambar."
Baru-baru ini SinarPlus berkongsi Ustaz Azhar tidak lupa menjalankan tugas sebagai bapa biarpun sudah berpisah.
Beliau telah hadir pada hari pendaftaran anak lelakinya, Muhammad Rasydan Rayyan, 19, ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Terengganu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang