BEKAS vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenar, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, dilaporkan menghidap barah hati baru-baru ini.

Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Berkongsi perkembangan terkini penyanyi itu kepada sebuah akhbar tempatan, isteri merangkap pengurusnya, Suzan Ahmad berkata, Tia berada dalam keadaan stabil di bawah pemantauan doktor.

“Tia dimasukkan ke hospital Rabu lalu selepas mengadu sakit perut. Sebenarnya, sakit di bahagian perut itu sudah lama tapi abaikan.

“Disebabkan tak tahan sakit, saya bawa dia ke hospital,” katanya.

Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan X-ray, kolonoskopi dan CT scan, doktor sahkan ada ketumbuhan pada hatinya.

Baca juga: ‘Sakit perut sudah lama tapi abaikan’, Tia Jinbara disahkan hidap barah hati

Menurut Healthline, kanser hati bermula di dalam sel hati.

Apabila sel kanser membentuk di dalam organ tersebut, ia akan merosakkan sel hati dan menganggu fungsi asalnya.

Ujar sumber tersebut, situasi itu dikenali sebagai kanser hati primer.

Kanser hati sekunder pula berlaku apabila sel kanser daripada organ lain seperti kolon, paru-paru dan payudara.

Rebakan sel kanser ke organ hati itu dikenali sebagai metastatic cancer.

SUMBER Tara Winstead daripada PEXELS.

Sementara itu, Cleveland Clinic memberitahu kanser pada organ terbesar dalam badan manusia itu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
1. Karsinoma hepatoselular (HCC): kanser hati yang paling biasa.
2. Kanser Intrahepatik (IHC): Kanser dalam saluran hempedu hati.
3. Angiosarcoma: Jenis kanser hati sangat jarang berlaku, mewakili kira-kira 1 peratus daripada semua kes kanser hati primer.

Pengarah Perubatan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, Dr Murallitharan Munisamy berkata, mereka yang berusia lebih berisiko untuk dapat HCC.

Ujar beliau, faktor gaya hidup juga membolehkan golongan muda kini terdedah kepada risiko barah tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Murallitharan berkata, tabiat merokok dan pengambilan alkohol memberi impak yang sangat dahsyat.

“Lebih lama seseorang itu menghisap rokok, semakin besar kemungkinannya,” katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Iklan

Baca juga: Bapa Noryn Aziz meninggal dunia akibat kanser hati

GAMBAR hiasan daripada FREEPIK.

Rujukan melalui Cleveland Clinic turut menyenaraikan beberapa faktor lain yang meningkatkan risiko kanser hati. Antaranya:
1. Jangkitan kronik dengan virus hepatitis B atau virus hepatitis C.
2. Sirosis.
3. Penyakit hati yang diwarisi.
4. Kencing manis.
5. Penyakit hati berlemak bukan alkohol.
6. Pendedahan kepada aflatoksin.

GAMBAR hiasan daripada FREEPIK.

Dalam pada itu, Cancer Council memberitahu pesakit kanser akan akan mengalami simptom seperti berikut;
1. Keletihan.
2. Sakit perut.
3. Bengkak perut akibat pengumpulan cecair.
4. Sakit pada bahu kanan.
5. Hilang selera makan dan rasa mual.
6. Pengurangan berat badan.
7. Kekuningan kulit dan mata (jaundis).
8. Demam.

Baca juga: Disangka masalah cacing gara-gara perut buncit, budak 2 tahun derita kanser hati perlukan bantuan orang ramai

Baca juga: Hati Serina berkecai Chef Wan hidap kanser, mohon doa warganet. ‘Ya ALLAH kurniakan kesembuhan buat papa’

Justeru, beberapa langkah boleh diambil untuk mengekang daripada risiko kanser hati.

Iklan
GAMBAR hiasan daripada FREEPIK.

Mayo Clinic mencadangkan kaedah seperti berikut:
1. Mengurangkan risiko sirosis yang menyebabkan parut pada hati dengan meminum alkohol secara sederhana dan mengekalkan berat badan sihat.
2. Mengambil vaksin hepatitis B untuk mengelak dijangkiti virus tersebut.
3. Mengurangkan jangkitan hepatitis C dengan mengetahui tahap kesihatan pasangan.
4. Lakukan saringan jangkitan hepatitis B, C dan sirosis.

Penting untuk seseorang melakukan saringan pengesanan awal supaya pesakit dapat menjalani rawatan yang sepatutnya dengan segera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!