PEMILIHAN figura tersohor, Rozita Che Wan sebagai wajah Bufet Ramadan bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’ di Hotel Tenera, Bangi, Selangor menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, juadah wadai kepeng yang menjadi pilihan selebriti mesra disapa Che Ta itu antara tumpuan pelanggan, sekali gus mereka dapat mengimbau nostalgia lama.

Menurut pelakon yang juga ibu kepada tiga orang anak, dia secara peribadi mempunyai kenangan manis dengan pencuci mulut sedemikian di negeri kelahirannya.

“Kalau di Kedah, menu tersebut tak ubah seperti bubur caca dengan kuah lemak manis. Memang saya suka makan, cuma sekarang ini sibuk, jadi bila ada peluang dapat makan memang seronok.

hotel tenera

“Lagi satu, masakan yang ditawarkan di Hotel Tenera memang sedap terutamanya siput sedut masak lemak cili api. Mana nak dapat lauk yang sedap dengan harga murah sekarang ini, kan?

“Hotel Tenera antara pilihan saya untuk berbuka puasa kerana tempat yang nyaman dan selesa, ditambah terdapat lebih 200 sajian yang boleh buat kalian rambang mata,” katanya.

 

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, pihaknya menyediakan lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis masakan panas, pasta, sup, piza, dim sum, kuih-muih, buah-buahan dan aneka minuman.

Baca juga Selera Nostalgia Do Re Mi penuh klasik, cepat grab lebih 150 sajian di Hotel Berjaya Times Square

Baca juga Sentuhan klasik Bufet Ramadan Sajian Titian Desa 2024, ini keistimewaan menu iftar di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur

Iklan

Hotel Tenera Bangi

Paling mencuri tumpuan, Nasi Kambing Apollo setinggi empat tingkat, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gearbox Kampung Utara, Kopi Arang Panggang Live dan pesta durian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!