Wanita ini dedah petua tradisi hilangkan jerawat halus, jeragat & menutup pori guna ais tomato. Kulit pun jadi tegang & cantik

A
A
A

Wanita ini dedah petua tradisi hilangkan jerawat halus, jeragat & menutup pori guna ais tomato. Kulit pun jadi tegang & cantik

SEIRING dengan peredaran masa dan juga peralihan umur, kulit mula mengalami perubahan. Lebih-lebih lagi jika kita mengabaikan penjagaan wajah.

Mula timbul masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan sebagainya.

Sebaiknya, walau sesibuk mana sekalipun jangan abaikan bab penjagaan kecantikan.

Tidak semestinya menggunakan produk mahal, anda boleh praktikkan di rumah dengan menggunakan bahan di dapur seperti tomato.

Baca ni Rahsia cantik & sihat dengan jus kunyit, wanita ini kongsi resipi remedi turun-temurun yang mudah tapi berkesan

SinarPlus kongsikan tip merawat kulit wajah daripada Afy AL Habibi  yang memuat naik perkongsian tersebut menerusi laman Facebooknya.

"Saya mula perasan kedutan garis halus tepi birai mata dah timbul. Salah satu punca asyik menghadap telefon lama sangat ni. Faktor penuaan pun ya.

"Selain itu, masalah pori sedikit terbuka. Harapkan boleh sapu dengan foundation je untuk sedapkan mata. Jerawat pun timbul sebab suka tukar produk," ujarnya yang turut mengalami masalah jeragat.

Justeru, Afy yang juga seorang guru mendedahkan petua tradisional yang diamalkannya dengan menggunakan tomato dan ‘roller’ saja pada muka.

Baca ni Umur lebih 50 tahun tapi belum tumbuh uban, rahsianya guna daun kari dengan yogurt je. Rambut pun hitam berkilat!

"Senang buat jadi ‘roller’. Kalau bekukan seketul-ketul, saya malas nak balut dalam kain tuala.

"Amal rutin ini setiap pagi. Banyak manfaatnya dengan menjadikan bahan semula jadi dan ais sebagai perawatan wajah.

Petua tersebut dikatakan dapat membantu membuatkan kulit sihat dan awet muda. Kuncinya kena rajin amalkan selalu. Jangan tinggal walau satu hari.

Cara membuatnya adalah seperti berikut:

1. Buat dengan separuh biji tomato. Basuh bersih-bersih dulu. Campur sedikit air. Buat syarat pengisar boleh berputar.

2. Selepas itu, isikan dalam bekas roller tersebut.

3. Apabila sudah siap, bekukan semalaman.

Cara menggunakannya:

- Lebih baik dilakukan sebaik bangun daripada tidur. Basuh kulit wajah bersih-bersih.

- Kemudian tonyohlah perlahan-lahan ais roller tomato ni ke seluruh wajah. Gerakan dari bawah ke atas lagi baik.

Baca ni 'Menu simple, nasi tetap makan.' Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

- Buat lama-lama sikit. Relaks je duduk atas kerusi, hayati rasa sejuk dan tegang kulit muka mula terasa.

- Selepas itu, biarkan sampai ia mengering sendiri.

- Selitkan juga hirisan tomato yang tidak dikisar untuk dicampur dalam roller ini.

- Lepas mengering, basuh muka semula. Tidak perlu guna sabun atau pencuci. Bilas dengan air paip sahaja. Terus rasa segar dan kulit anjal.

Secara tidak langsung manfaat rawatan ais tomato yang kita bekukan memang boleh buat kulit jadi tegang cantik. Jangan lupa lakukan setiap pagi.

Selamat mencuba!

Baca lagi Air basuhan beras jangan dibuang, boleh buat toner untuk dapat kulit putih bersih macam wanita Jepun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca