Warna gempak, ringan, rekaan bergaya dan mempesona, PUMA Run XX Nitro dicipta khusus untuk wanita aktif, suka berlari
JENAMA sukan global, PUMA memang tidak pernah mengecewakan setiap kali inovasinya dilancarkan kepada umum.
Terbaharu, mereka memperkenalkan Run XX Nitro khusus untuk para wanita yang aktif, sentiasa bertenaga dan berketerampilan.
Apa yang SinarPlus boleh katakan, warna ungu yang ditampilkan pada koleksi pada kali ini bakal mencuri pandangan kaum Hawa yang pantas ingin memilikinya.
Mengenai reka bantuk pula, sememangnya ia direka khas untuk bentuk kaki wanita, sekali gus berupaya meningkatkan prestari larian tidak kira sama ada pada jarak jauh atau dekat.
Menariknya lagi, menggunakan teknologi PUMA Nitro dan sokongan RunGuide, tapak tengah kasut dicipta untuk memberi responsif yang baik kepada pemakai.
Kusyen yang dilapik kemas akan memastikan setiap langkah lebih ringan dan mudah.
Pendek kata, sesuai dengan kempen #PUMADeliveryRun, inovasi Run XX Nitro bukan sahaja lebih kukuh dan tahan lasak, malah memberi kepuasan optimum kepada pemiliknya.
Baca juga Lepasi bahagian dada, fabrik berkualiti, Puma HIJAB penuhi ciri rekaan wanita Muslimah
Seperkara, produk terkini daripada jenama antarabangsa itu dilengkapi dengan jaringan kejuruteraan canggih yang menjadikan kasut tersebut lebih ringan dan memiliki sokongan yang padu.
Ini bermakna, Run XX Nitro bukan sahaja dicipta untuk keselesaan maksimum, malah lebih tahan lasak dan jangka hayat pemilikan yang lebih lama.
Sempena pelancaran inovasi terbaharu itu juga, PUMA telah menggayakan profesional penghantaran makanan wanita dengan Run XX Nitro.
Antara yang diberi peluang mencubanya ialah jurulatih kecergasan dan pencipta kandungan terkemuka negara, Joey Tng termasuk ahli triathlete kebangsaan, Aimi Iwasaki.
Serentak dengan itu, PUMA turut memperkenalkan tiga gaya pakaian sukan baharu untuk penampilan lengkap iaitu Bra Latihan Wanita Elit Berimpak Tinggi, baju-T lengan panjang CLOUDSPUN Marathon dan legging.
Kesemua pakaian sukan tersebut diperbuat daripada material dryCELL dan MiDori bioWick yang menghasilkan gaya ultra lembut dan menyerap lembapan dengan berkesan.
Run XX Nitro dijual pada harga RM599. Semua koleksi jenama berkenaan boleh didapati di cawangan PUMA Stores, Royal Sporting House dan Al-Ikhsan.
Layari laman web my.puma.com untuk mendapatkan informasi lanjut.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang