Warung Kukus dengan pesona klasik berusia hampir 100 tahun! Wajib try semua 20 menu enak kalau singgah Klang

A
A
A

DENDANGAN lagu Pendekar Bujang Lapok lantunan suara Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang diputarkan oleh warung Kukus menyapa halwa telinga ini dari kejauhan lagi.

Sebaik melangkah masuk, mata tertancap melihat barangan antik seperti gulungan filem kodak, mesin taip, telefon dan deretan botol lama tersusun kemas di atas para almari.

Kata pemilik Kukus, Naila Sari Ismail, beliau dan suaminya, Mohd Hanif Ahmad Bihauddin tidak hanya bersandarkan elemen itu, rumah kedai yang hampir berusia seabad itu turut menyediakan pelbagai hidangan klasik.

Sajian kari kaki ayam antara menu paling laris menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan bermula jam 9.30 pagi.

warung kukus

Kuah yang pekat tanpa santan itu, ujar Naila Sari dihasilkan dengan kaedah tersendiri.

“Suami mencuba pelbagai teknik masakan supaya rasa kari betul-betul sedap. Mulanya letak santan, namun tak tahan lama. Jadi, dia berguru dengan seorang tukang masak India sebelum terhasilnya kuah kari ini.

 

“Rahsia kelikatan kuah kari ini terletak kepada kaki ayam itu sendiri sebab semakin lama dimasak sampai lembut isi, semakin pekatlah kari,” ujar ibu anak seorang itu.

Secara keseluruhan, premis tersebut menawarkan lebih 20 menu.

Warung Kukus

Antaranya seperti roti gebu kari kaki ayam, nasi kukus ayam berempah, lempeng sambal ikan bilis dan ubi rebus.

Baca juga Sajian warung bertaraf hotel, ini rupanya formula tarikan Cafe Salim sampai orang sanggup beratur panjang

Menariknya, sajian popular masyarakat Kemboja iaitu tongmo yang dimakan bersama kerabu betik juga antara menu laku keras di Kukus.

Warung Kukus

Penulis sendiri berpeluang menikmati hidangan berkenaan kagum dengan rasa padu daging lembu berempah yang dibakar, namun masih berjus memang membangkitkan selera.

"Untuk menghasilkan tongmo yang sedap, suami hanya memilih ramuan herba dan rempah terpilih, selain stok daging segar. Kalau dibandingkan dengan resipi asal ada letak nasi.

Warung Kukus

"Cuma rasanya agak masam dan cepat basi. Jadi, kami ubah suai menjadi sosej daging bersaiz jumbo dengan cita rasa Melayu," kata bekas pensyarah berusia 41 tahun itu.

Baca juga Warung Kopi Tiga Lima bangkit nostalgia dulu-dulu. Kopi memang kaw, makanan tradisi memang padu

Tidak sempurna setiap set hidangan jika kalian tidak mencuba minuman signatur tiga lapisan yang terdiri daripada kopi, nescafe dan neslo yang ditawarkan dalam bentuk panas dan sejuk.

Warung Kukus

Untuk stok kopi, Naila Sari mendapatkan bekalan daripada pengeluar serbuk campuran yang terkenal yang mana syarikat itu masih menerapkan kaedah pembuatan tradisional.

“Rasa kopinya memang lain daripada lain. Apa yang membuatkan minuman kami lebih unik adalah setiap minuman yang disediakan dalam bentuk lapisan demi lapisan. Ramai yang teruja apabila set tersebut dipersembahkan kepada pengunjung.

Warung Kukus

“Jika bukan peminat kafein, aneka sirap dan limau juga ada untuk anda,” katanya yang turut memiliki satu lagi cawangan yang memfokuskan jualan nasi kukus di Pahang.

Selain harga yang ditawarkan serendah RM1, pengunjung yang datang boleh menghabiskan masa terluang dengan membaca koleksi buku dan novel yang disediakan atau berfoto kenangan di ruang disediakan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca