Idam anak kembar, Zulin Aziz tak melatah diaju soal zuriat, "Anggap je permulaan bicara"

No Image Caption
A
A
A

Sebelum ini perkongsian pelakon Zulin Aziz pada hari raya pertama mencuri perhatian apabila beliau meluahkan impian untuk beraya berempat iaitu bersama suami dan dua anak kembarnya pada tahun hadapan.Rentetan daripada itu, ketika ditemui Sinarplus baru-baru ini, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, beliau menganggap adalah sangat comel untuknya dan suami sekiranya mempunyai rezeki dikurniakan pasangan kembar."Saya teringin sebab rasa macam ‘cute’ pula ada anak kembar."Dalam keluarga saya memang ada (anak kembar), sebab itu saya teringin sangat," katanya.

No Image Caption

Pada masa sama, beliau mengakui tidak berputus asa dan sentiasa berusaha semoga impian mereka untuk dikurniakan cahaya mata tercapai. justeru, Zulin berharap orang ramai turut mendoakan impiannya itu tercapai.Malah, dirinya juga tidak melatah setiap kali disoal tentang zuriat kerana baginya soalan yang diajukan hanya sebagai permulaan sebelum perbualan dan mungkin hanya topik itu sesuai untuk diajukan ketika itu."Kalau kita dah kata soalan sama, jadi kita dah terbiasa. Jadi tak perlu nak sakit hati.

No Image Caption

"Dulu tak kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, bila nak ada anak. Jadi soalan itu kita anggap sebagai pembuka bicara lah dia nak berborak dengan kita je."Selalu kita nak borak dengan orang, pertama sekali terfikir yang obvious pasal dia."Macam Zulin dah kahwin, mungkin pasal berat badan atau anak. jadi jangan ambil hati dia nak buat topik borak je" jelasnya.Sekadar info, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini mendirikan rumah tangga mereka pada 20 Februari 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang