'Orang cakap you dominan, I soft tapi...' Sempena ulang tahun pertama, Dini hadiahkan video khas buat Janna. Sweet!
SEMPENA ulang tahun perkahwinan pertama buat pasangan selebriti popular, Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann, satu kejutan video khas dikongsikan buat peminat.
Ucapan romantis Dini yang berdurasi 4 minit 29 saat itu turut berkongsi detik-detik bahagia mereka yang mungkin sebelum ini tidak pernah disiarkan untuk tontonan umum.
Lagi menarik, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu juga berkongsi formula kebahagiaan yang menjadi rutin seharian mereka meskipun sibuk dengan tuntutan kerja masing-masing.
“Kita sudah bersama selama lima tahun. Orang selalu cakap you yang dominan, i yang jenis soft tapi sebenarnya you seorang yang sangat manja. You are really the baby dan paling manja antara kita berdua.
“Memori kegemaran i adalah pergi umrah bersama you. Bila kita bincang nak honeymoon di mana, youlah yang rekomen untuk buat umrah bersama,” katanya yang mengakui trip tersebut cukup bermakna.
Cerita Dini lagi, meskipun kehidupan mereka sering dipaparkan dalam media sosial, namun terdapat momen yang tidak dikongsikan untuk tatapan peminat.
“Setiap malam bila kita balik rumah, tak kiralah siapa yang sudah balik dulu, kita akan tunggu each other untuk mandi sama-sama dan selepas mandi, kita akan solat.
“I akan sikat rambut you sebelum kita tidur. I rasa itu adalah rutin yang bagus dan kalau kita tak buat benda itu ataupun i atau you balik lewat, ia macam malam kita tak sempurnalah,” katanya.
PLAN MASA DEPAN
Seperkara lagi yang membuatkan Dini terus jatuh cinta apabila suri hatinya seorang dreamer yang suka plan untuk masa depan yang lebih baik.
“Bukan sekadar untuk diri you sendiri tapi untuk kita berdua. I suka bila kita berbincang untuk menjadi yang lebih baik termasuklah sambung belajar.
“Eveni sendiri tak suka nak belajar tapi you buatkan i rasa mahu memperbaiki diri. You selalu nampak apa yang kita mampu buat sayang,” ujarnya.
Sebelum mengakhiri kata-kata, Dini juga bersyukur apabila Janna membentuknya menjadi insan dalam versi terbaik yang tak pernah diimpikan sebelum ini.
“You ubah diri i dalam pelbagai sudut. Bila tengok kembali, i tak berhenti tersenyum dan rasa bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan buat kita.
“You jadikan i seorang yang paling gembira dan bahagia di dunia ini sayang. I love you so much sayang,” ucap Dini penuh kasih.
Selain ucapan penuh makna tersebut, lagi membuatkan peminat cair apabila melihat sambutan ulang tahun perkahwinan tersebut diadakan di sebuah hotel di Putrajaya baru-baru ini.
Janna dan Dini sebelum ini melangsungkan perkahwinan pada 10 Jun tahun lalu dalam majlis tertutup di sebuah resort di Langkawi, Kedah.
Penyanyi dan pelakon itu menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang