Rita Rudaini dedah kenapa menangis senyap-senyap. 'Bukan garang tapi tegas, baik di rumah ataupun di set'

No Image Caption
A
A
A

Nak membesarkan anak bukan mudah, apatah lagi bagi seorang ibu tunggal. Bukan sahaja perlu beri perhatian penuh pada anak-anak, malah dengan kudrat yang ada juga perlu mencari nafkah untuk menyara keluarga.

Itulah yang dilalui oleh pelakon jelita Rita Rudaini yang mengakui tidak mudah untuk dirinya melalui fasa kesusahan dalam hidup setelah bergelar sebagai ibu tunggal.

Dalam sebuah temu bual baru-baru ini Rita berkata, beliau akan menangis ketika bersendirian kerana mengenangkan kesusahan yang dilalui.

"Orang nampak kuat tapi saya manusia biasa. Ada masa saya lemah.

"Bila saya penat bekerja akan mengimbas kembali kesusahan. Masa itulah saya rasa terlalu letih dan akan menangis tapi senyap-senyap.

"Orang tak tahu bila saya menangis, anak-anak pun tak tahu." katanya dalam video temu bual bersama Suara Sarawak.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar juga memaklumkan meskipun dirinya seorang yang sukar untuk menangis, namun itulah salah satu cara untuk melepaskan kesakitan yang dialaminya.

"Itu cara lepaskan. Kadang-kadang saya kena menangis juga.

"Saya ni susah menangis, tapi perlu juga untuk lepaskan. Kalau tidak, saya suka simpan. Kadang-kadang, sampai satu masa benda-benda kecil pun saya boleh marah, sebab suka simpan," tambahnya.

No Image Caption



Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dalam drama Rafflesia suatu ketika dahulu mengakui seorang yang tegas, tidak kira semasa bekerja mahupun ketika di rumah.

"Saya sangat tegas. Orang kata saya garang, bukan garang saya tegas. apa yang tak boleh, tak boleh. Apa yang boleh, boleh. Macam tu juga saya di luar set, kalau saya tak suka tu, saya cakap tak suka. Saya jenis orang yang cakap terus-terang.

"Kadang-kadang, bila berterus terang, saya jujur, orang kata lantang, tapi sebenarnya saya tak boleh mengikut je. Tak suka, okeylah, takpelah, saya tak boleh macam tu.

"Dan di rumah pun, bila ajar anak-anak, kalau salah tetap salah. Kadang-kadang, benda tu terjadi berulang kali saya marah anak . Bila marah saya panggil, cakap elok-elok. Tahu tak kenapa mami marah. Saya suruh mereka explain kenapa saya marah. Jadi bila explain saya tahu anak-anak faham," jelasnya.

No Image Caption



Terdahulu, Rita dan Aidil Zafuan yang juga bintang bola sepak kebangsaan berkahwin pada 2008 namun berpisah pada September 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang