'Selepas hari ini tidak ingin cintai seseorang terlalu dalam.' Bella Astillah, Aliff Aziz bercerai talak satu
PASANGAN selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu di di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Aliff atau nama penuhnya Mohamad Aliff Aziz, 33, melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat pada pukul 1.10 petang selepas mahkamah membenarkan permohonan perceraian yang dibuat penyanyi wanita itu pada 11 Mac lalu.
Semasa prosiding, peguam syarie yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais memaklumkan, plaintif dalam keadaan suci dan tidak mengandung.
Pada 11 Mac lalu, Bella memfailkan cerai ekspres daripada suaminya itu kerana tiada persefahaman dan 'mawaddah' (cinta dan kasih sayang), mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Baca juga: Anak-anak sumber kekuatan Bella Astilah.' Mereka buat saya tenang, reda & kuat'
Baca juga: 'Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.' Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz
Baca juga: 'Daddy... Daddy' - Ayden menangis rindukan ayah, peminat harap Aliff Aziz cepat masuk Malaysia
Berkongsi hantaran di Instagram kecewa, Bella pasrah perjuangan untuk menyelamatkan mahligai perkahwinan telah berakhir.
"Berakhirlah kisah kami. Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan. Saya selalu mengimpikan rumah tangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.
"Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang.
Enggan menoleh ke belakang dan belajar daripada kesilapan lalu, penyanyi berusia 30 tahun itu akan berharap hidupnya bersama dua cahaya mata dipermudahkan.
"Doa saya agar kehidupan baru bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba menjadi ibu dan bapa terbaik. Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup.
Terima kasih buat keluarga, sahabat, rakan rakan industri, media dan semua followers yang mendoakan kami semua. Semoga segala doa yang baik baik berbalik kepada anda semua," katanya.
Pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah juga mengaku akan berhati-hati dalam perhubungan pada masa akan datang dan memetik nama seorang pelakon.
"Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam.
"Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka," kongsinya.
Pasangan itu, berkahwin mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Pernah berpisah pada Mei 2019, kedua-duanya rujuk dua bulan kemudian.
9 Mac lalu, berita Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara tular di laman sosial.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang