'Ini suami baharu saya, insya-ALLAH yang terakhir.' Kembali bergelar isteri, Anim Ezati dedah sebab rahsiakan perkahwinan

No Image Caption
A
A
A

PENGACARA dan personaliti TV popular, Anim Ezati mengundang perhatian pengikut media sosial apabila memuat naik video perkahwinan keduanya bersama suami tercinta, Ashihar.

Pada awalnya, Anim atau nama sebenarnya Anim Ezati Rizki Mat Khalid tidak mahu berkongsikan momen perkahwinannya itu untuk tatapan umum.

No Image Caption

Menurut personaliti televisyen itu, majlis akad nikah itu sudah lama berlangsung. Pun demikian, bekas pramugari itu tidak dapat menahan rasa teruja untuk berkongsikan video yang dikatakan mempunyai satu cerita bahagia mengenai mereka berdua.

"Sebenarnya malas dah nak share benda pun dah lama.

"Tapi sebab video ini macam menyatukan cerita kami menjadi satu cerita yang lengkap.

"Humble, intimate and simple kerana itulah kami dan video ini sangat mengenai kami.

Tanpa berkongsikan mengenai tarikh pernikahan mereka, Anim mendedahkan beliau sudah lama mengenali suaminya itu sejak 20 tahun yang lalu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ibu kepada Yara Alanna Khalsom berkata Ashihar sering menunjukkan rasa keterujaan dan sayang yang bukan dibuat-buat membuatkan Anim terbuka hati memilihnya sebagai suami.

"Yang best banyak bende best dia ni bagi banyak seribu satu rasa, dia kalau happy dia tunjuk happy betul kalau sayang dia sayang betul.

Dalam video yang dikongsikan itu, Anim selamat di ijab kabul sebagai suami isteri sah dengan sekali lafaz.

Hos terkenal itu menerima mas kahwin RM1,000 manakala jumlah hantaran tidak dinyatakan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang