Sarah Suhairi bergelar isteri pensyarah, sedia galas tugas 'ibu segera' tiga anak tiri

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Sarah Suhairi, 24, selamat bergelar isteri pensyarah, Aswad Anuar, 39 dengan hanya sekali lafaz pada jam 8.29 pagi Jumaat.

Berkongsi berita gembira di Instagram, pelantun lagu Sah itu juga melafazkan kesyukuran dalam majlis pernikahannnya dengan tenaga pengajar Universiti Teknologi Malaysia yang berlangsung di Berern Hill, Hulu Langat.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.

Dalam majlis akad nikah itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 manakala jumlah hantaran dirahsiakan.

No Image Caption

"Bersyukur ke hadrat ILAHI di hari yang penuh barakah ini, sukacita saya ingin mengumumkan kami telah pun selamat di ijab kabul sebagai suami isteri yang sah. Tiada satu pun kata-kata dapat mengungkap perasaan ini melainkan rasa syukur.

"Terlebih dahulu terima kasih kepada ibunda dan ayahanda tercinta yang selama ini mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepada saya dan selamanya Sarah terhutang budi dan akan membalas jasa kalian berdua.

"Untuk seluruh ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana sentiasa bersama saya. Tiada satu permata dapat menggantikan betapa bernilainya perhubungan kita sehingga ke hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Bertemu jodoh dengan Aswad yang merupakan duda dan bapa kepada tiga cahaya mata, Sarah menyatakan kesyukuran diterima sebagai ahli baharu.

"Untuk keluarga baru, terima kasih kerana menerima kehadiran saya dengan tangan yang terbuka dan penuh kehangatan. Saya sangat bersyukur dan gembira untuk menjadi sebahagian dari keluarga kalian,"

Memetik OhBulan, Sarah dan Aswad berkenalan sejak tahun 2020 dan ketika itu suaminya baharu setahun menduda.

"Ketika perkenalan kami, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal dan kami tak pernah meletakkan sebarang status atau halangan sepanjang empat tahun berkenalan.

"Tetapi saya juga dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima baik kehadiran dalam hidup mereka. Yang sulung 14 tahun, kedua 10 tahun dan ketiga lapan tahun. Bahkan, kawan-kawan rapat saya pun telah bertemu dengan anak-anak Aswad.

"Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya dengan panggilan ibu," katanya.

No Image Caption

Juara BigStage 2018 itu juga erkongsi mengenai detik awal perkenalan. Kata Sarah, cinta mereka mula berputik di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara susulan kedua-duanya meminati sukan berkuda.

"Mungkin ada yang tak tahu, Aswad juga selain pensyarah adalah seorang jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri. Saya juga aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun.

"Kelompok kawan kami juga adalah orang yang sama. Dari situlah detik perkenalan bermula. Sepanjang empat tahun kami berkawan, bukanlah rahsia sangat kerana Aswad sering menemani saya ke majlis-majlis tertentu.

"Cuma dia tidak menonjolkan diri sangat kerana bagi kami selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri," katanya.

Selamat pengantin baharu Sarah dan suami daripada SinarPlus!

Sumber: OhBulan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang