'Mengadu dekat abang, pakai tudung panas, tapi....' Angeline Tan mohon doa istiqamah, mahu jadi Muslim sebenar

No Image Caption
A
A
A

KEKAL istiqamah dalam sesuatu perkara yang diwajibkan YANG MAHA ESA bukan satu hal mudah buat sesetengah individu lebih-lebih lagi kepada seseorang yang bergelar mualaf.

Sebagai saudara baru dalam Islam, Angeline Tan mengakui sedikit tidak selesa ketika beliau baharu menyesuaikan diri untuk tampil bertudung sepenuhnya.

Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah berkata pemakaian sopan dan bertudung sedikit sebanyak membuat pelakon itu berasa rimas dan kepanasan.

Pun begitu, beliau menegaskan, itu hanyalah sekadar gurauan ketika bermesra dengan suami tercinta, Sabri Yunus.

"Angeline pernah mengadu dekat abang (suami) bahawa pakai tudung itu panas, tapi kata-kata itu hanyalah untuk bermesra dengan suami.

Sebagai selebriti keputusan untuk berhijab memerlukan tahap istiqamah yang tinggi kerana bakal dikelilingi dengan pelbagai dugaan ketika berada di pentas seni.

No Image Caption

Bagaimanapun, sebelum pelakon 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu mendirikan rumah tangga bersama suami keduanya, Angeline pernah menitipkan doa supaya ALLAH memberikan kekuatan untuknya menjadi Muslim yang sebenar.

Berkat dari doa tersebut, Angeline bersyukur masih dapat menutup aurat dengan sempurna sehingga ke saat ini.

"Sebelum angeline setuju nak jadi isteri abang angeline pernah berdoa biarlah aku jadi isteri yang baik dan angeline pernah minta kat ALLAH untuk berikan saya kekuatan untuk jadi seorang Muslim yang betul.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media program Angeline Tanya Abang Jawab baru-baru ini.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, suaminya tidak pernah memaksa dirinya untuk bertudung.

Sebagai rekod, Angeline telah memeluk Islam sejak 26 September 2023 dan telah mendirikan rumah tangga bersama Sabri pada 14 Oktober 2023.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang