'Pasti akan rindu gelak tawa, rutin pagi baca surat khabar dan masakan sedap...’. Nenek Zahirah MacWilson meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Zahirah MacWilson berkongsi berita duka atas pemergian nenek tercinta, Faridah Nyak Mohamad yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.30 malam semalam.

Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainul Macwilson, 29 memuat naik berita itu menerusi hantaran di Instragram miliknya.

Menerusi hantaran itu, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu mengakui beruntung kerana diberikan peluang menjaga dan mendampingi arwah sehingga ke akhir hayatnya.

"Betapa bertuahnya saya memiliki nenek seperti awak, bertuahnya diberi peluang untuk menjaga dan berada di sisi sehingga nafas terakhir nenek,"kongsinya.

Pada masa sama, ibu kepada sepasang cahaya mata itu mengakui pasti akan merindui momen dan gelagat arwah selepas ini.

Malah, Zahirah mendedahkan, Allahyarham neneknya itu sentiasa menjadi peminat setia dalam kerjaya seninya, bahkan turut menyimpan semua artikel berkaitan dirinya.

"Saya pasti akan rindu gelak tawa, minat nenek terhadap drama melayu, rutin pagi nenek iaitu baca surat khabar, masakan sedap yang nenek dan hati awak yang sangat luar biasa.

"Terima kasih kerana menjadi peminat saya, insan yang menyimpan semua artikel berkaitan saya.

Artikel Berkaitan:

"Kehidupan selepas ini tidak akan sama tanpa kehadiran Allahyarhamah tapi nenek kini berada di dalam kalangan orang-orang yang beriman," tambah Zahirah.

Meninjau ruangan komen, orang ramai turut mengucapkan ucapan takziah atas kehilangan arwah sebagai orang yang bermakna dalam kehidupan pelakon drama Cucu Tauke Beras itu.

Terdahulu, Zahirah pernah berkongsikan kesihatan neneknya semakin merosot dan tidak menunjukkan perkembangan yang baik.

Arwah telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang