'Hati saya berkecai...' Semakin teruk halusinasi, Zahirah MacWilson pilu kesihatan nenek merosot, reda jika ditakdirkan 'pergi'
PELAKON Zahirah MacWilson berkongsi khabar pilu neneknya yang kini sedang keuzuran dan semakin menunjukkan tanda-tanda halusinasi teruk.
Tidak berkongsi lanjut penyakit dihidapi, pelakon Harimau Malaya: The Untold Journey itu memuat naik video di Insta Story memaparkan nendanya dan luahan kesedihannya.
"She's getting worse. Asyik cabut topeng oksigen, tak nak pakai.
"Halusinasi, merungut, percakapan yang spontan yang tidak jelas, tiba-tiba menjerit, merengek sakit, nak bangun nak balik, enggan makan dan minum," katanya.
Zahirah berkongsi terlalu pilu melihat neneknya dalam keadan tersebut. Malah Isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza itu mengakui sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
"Tidak pernah bayangkan untuk melihatnya seperti ini. Apabila dia melihat anda seolah-olah dia tidak berada di sana.
"Saya memberitahunya dengan berat hati semalam: "Kalau nenek kena pergi, nenek pergi ok.
"Dia perlahan-lahan mencapai tangan saya meminta saya meraihnya dan mengangguk. Hati saya berkecai," kongsi Zahirah.
Sebelum ini, Zahirah memaklumkan neneknya telah mengalami kegagalan buah pinggang, lemah jantung dan paru-paru berair.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang