Anak perempuan menangis Yasin Sulaiman dihukum penjara seumur hidup, 16 sebatan. 'Hari yang paling gelap...'

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI nasyid dan penggubah lagu, Yasin Sulaiman hari ini menerima hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.

Pemilik nama Muhammad Yasin Sulaiman itu menyifatkan hari ini sebagai hari yang gelap selain terkejut dan berpendapat keputusan tersebut pelik.

Susulan itu, beliau merancang akan membuat rayuan dalam masa terdekat menerusi peguamnya di Mahkamah Rayuan.

No Image Caption

“Hari yang gelap dan keputusan yang sangat pelik. Apa yang saya tidak boleh terima kenapa saksi pakar tidak langsung diambil keterangan dan tidak dipakai (Mahkamah Tinggi).

“Itu sesuatu yang sangat pelik,” katanya dipetik daripada Kosmo.

Dalam pada itu,Peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin memaklumkan akan memasukkan notis rayuan keputusan tersebut esok.

Artikel Berkaitan:

Peguam itu menegaskan percaya pelantun lagu Mimpi Laila itu tidak bersalah dan perlu menjalani rawatan yang diterimanya sekarang di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

No Image Caption

“Keputusan hari ini, kita akur, hormat dan Mahkamah Tinggi ada hak untuk mengesahkan atau menukar apa-apa keputusan di Hakim Mahkamah Sesyen.

"Kami ada satu lagi lapisan di Mahkamah Rayuan dan akan lawan di peringkat tersebut,” katanya.

Terdahulu, Hakim, Datuk Norsharidah Awang memutuskan hukuman berkenaan selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin, 49, yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu.

Mendengar keputusan itu, riak wajah pemenang Anugeraj Juara Lagu 2001 itui kelihatan sugul sementara ahli keluarga termasuk anak perempuannya yang berusia 16 tahun, menangis ketika berada di galeri awam mahkamah.

Dalam prosiding ini, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin hadir selaku perayu sementara peguam, Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin sebagai responden.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi kes kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Anak perempuan Yasin kini berusia 16 tahun.
Anak perempuan Yasin kini berusia 16 tahun.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan

Pada 29 November 2023, Yasin dilepas dan dibebaskan atas tiga kes dadah itu, namun mahkamah mengarahkan dia ditempatkan di bawah jagaan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selama tempoh perkenan Sultan Selangor.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang